Kalau sebelum ini, Nasi Lemak Anak Dara dan Nasi Lemak Bujang pernah menjadi viral, kini nasi lemak yang sedang meniti jari dan bibir Netizen ialah Nasi Lemak Pondan.
Perniagaan ini ialah milik seorang pondan bernama Jojie Kamaruddin. Walau baru beroperasi seminggu, gerainya kini mendapat perhatian di peringkat nasional.
Pondan ialah terma bahasa Melayu yang merujuk kepada lelaki yang berperawakan dan berpakaian seperti perempuan dan sebaliknya.
Gerai Nasi Lemak Pondan dianggap menjadi viral kerana namanya yang menarik perhatian dan kerana nasi lemaknya sedap.
Walaupun turut menerima kritikan apabila gerainya itu mula mendapat perhatian, Jojie tidak patah semangat.
Jika saya namakan gerai saya Nasi Lemak Dodi, orang tetap akan jerit pondan. Apa pun nama yang saya guna, Sally ke, Minah ke, mereka tetap akan panggil pondan. Baik saya gunakan saja nama itu sebagai nama gerai.
Buat masa ini Jojie menawarkan nasi lemak standard dengan lauk seperti telur mata, bilis goreng, timun dan potongan telur rebus pada harga RM 1.80 sebungkus.
Saya dah, anda bila lagi?? #nasilemakpondan ??? pic.twitter.com/KzrxUNWAgi
— ? (@itsmedxnyx_) March 19, 2017
Bukan biasa biasa punya nasi lemak , terangkat beb #nasilemakpondan pic.twitter.com/pHsNCTaJB7
— ???? ????? (@Ecad_Sengal) March 16, 2017
Jika ditambah sambal sotong, ayam masak merah, sambal paru dan ayam goreng, harganya boleh mencapai RM 4.80.
Jojie memberitahu dia mendapat inspirasi dari ibunya, yang telah menjual nasi lemak lebih dari 30 tahun. Keluarga Jojie disara dengan perniagaan ibunya kerana bapanya terpaksa bersara awal kerana penyakit yang dihidapi.
Jojie yang juga bekerja sebagai pereka fesyen dan perancang majlis perkahwinan membuka perniagaan itu dengan bantuan adik-beradiknya untuk meraih pendapatan tambahan disebabkan keadaan ekonomi semasa yang sukar.
Setakat ini, pelanggan Jojie mengatakan nasi lemaknya sangat sedap.
Gerai Nasi Lemak Pondan terletak berhadapan Kondominium Laman Tasik, berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Permaisuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Sumber: The Star Gambar: Redza Farhan