“Nasi Kat Kedah Lagi Sedap”-Bagi Alasan Rentas Negeri Guna ‘Lorong Tikus’, 17 Individu Ditahan

Kehidupan

“Nasi Kat Kedah Lagi Sedap”-Bagi Alasan Rentas Negeri Guna ‘Lorong Tikus’, 17 Individu Ditahan

Macam-macam alasan yang diberikan untuk elak daripada ditahan polis sebab merentas negeri tanpa permit. Hal ini berhubung dengan satu kejadian yang berlaku di Pulau Pinang dimana 17 orang individu telah ditahan di sempadan Kedah-Pulau Pinang semasa operasi yang dijalankan oleh polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di tiga laluan lorong tikus di Kampung Selamat, Taek Gelugor.

Menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, individu terlibat telah dikesan melakukan kesalahan berkenaan semasa pemeriksaan kira-kira sejam bermula jam 4 petang.

Advertisement

Terdapat tiga jalan yang digunakan dimana dua antaranya di laluan semak dan satu lagi di jalan utama.

“Dalam operasi ini, seramai 15 orang didapati merentas negeri di laluan semak kerana tiada permit kebenaran rentas negeri manakala dua lagi ditahan di satu laluan lain”

Sumber : Kosmo Online

Bukan itu sahaja, terdapat juga individu dikesan mengunakan surat kebenaran rentas negeri yang tidak mengikut format Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak polis akan siasat berhubung kejadian.

Banyak diantara mereka menggunakan alasan merentas negeri menggunakan ‘jalan tikus’ untuk membeli barangan.

“Ada yang dari Pulau Pinang mahu beli nasi di Kedah, alasannya nasi di Kedah lebih sedap walhal di Pulau Pinang (Tasek Gelugor) ada banyak kedai makan”

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Tasek Gelugor untuk siasatan lanjut.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...