Sedia maklum, negara Malaysia dan Indonesia memang terkenal dengan hidangan nasi goreng. Susulan kedua-dua negara ini terkenal dengan juadah tersebut, topik mana satu lagi sedap sering kali menjadi bualan hangat di kalangan warganet kedua-dua negara ini.
Negara luar lagi suka nasi goreng dari Malaysia berbanding dari Indonesia?
Melalui laman X, baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita Indonesia bertanyakan kepada rakan lelakinya yang berasal dari Jordan.
Walaupun dia bertanya soalan mengenai makanan kegemaran Indonesia, tetapi lelaki terbabit dengan selamba menjawab dirinya lebih menyukai juadah dari Malaysia.
Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi, wanita terbabit terus bertanya makanan Malaysia apa yang disukai olehnya dan lelaki itu dengan tenang menjawab nasi lemak serta nasi goreng.
‘Claim’ nasi goreng berasal dari Indonesia
Terima sahaja kenyataan, Malaysia lebih bagus.
Susulan mendengar juadah nasi goreng, wanita terbabit terus ‘claim’ bahawa nasi goreng berasal dari Indonesia tetapi lelaki itu tetap berkeras bahawa nasi goreng versi Malaysia lagi sedap berbanding nasi goreng Indonesia.
Beria nk kata mamat Jordan tu suka makan Indonesia…tapi sekali …jawapan mamat Tu sebaliknya…lebih suka makanan Malaysia 🤣🤣🤣 pic.twitter.com/KihYMiBa6B
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) May 3, 2025
Bagi korang mana lagi sedap? Nasi goreng Malaysia atau nasi goreng Indonesia?