Ahli parlimen, Datuk Seri Ahmad Maslan sering tampil dengan resepi-resepi baru yang dikongsikan di media sosialnya. Ramai yang sedia maklum beliau sememangnya gemar memasak dan adakalanya resepi yang dikongsikan memang unik dan lain daripada yang lain.
Resepi terbaru beliau ‘Nasi goreng ikan bilis kimanis mata biru’ sekali lagi menarik perhatian netizen. Bukan semata-mata untuk berkongsi resepi sahaja, perkongsian ini juga sebagai satu sindiran sebelum beliau ke mahkamah pada 21 Januari lalu.
Sebelum ke mahkamah 21/1/2020
Untuk mengaku tidak bersalah?Saya masak sendiri
Untuk sarapan pagi
Nasi goreng ikan bilis #Kimanis
“mata biru”
Beli ketika #PRKKimanisCampur telur, bawang kecil, lada hijau, sayur, sos cili, sedikit garam, minyak masak #sawit
Minum air kosong?? pic.twitter.com/N5xAjhO9ss
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) January 20, 2020
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk resepi ini ialah telur, bawang kecil, lada hijau, sayur, sos cili, sedikit garam dan minyak masak. Istimewanya, ikan bilis mata biru ini dibeli di Kimanis semasa Pilihan Raya Kecil yang lalu.
Kalau anda masih ingat lagi, beberapa resepi daripada Ahmad Maslan menjadi viral kerana resepi yang sangat unik dan lain daripada yang lain. Antara yang pernah viral dahulu ialah Nasi Goreng Strawberi dan Nasi Goreng GST.
Nasi goreng strawberi
Nasi goreng GST
Nasi Goreng Ahmad Maslan (NGAM)
Nasi Goreng Petai
Nasi Goreng Agak Pedas (NGAP)
Ada banyak lagi resepi yang dikongsikan oleh beliau di laman Twitter miliknya. Jika anda seorang yang suka resepi baru dan unik, boleh mencuba resepi dari Ahmad Maslan ini.