Satu tweet yang dimuat naik oleh salah seorang pemain pasukan Manchester United, Rio Ferdinand telah mencetuskan perdebatan antara pengikutnya dari Indonesia, Singapura dan Malaysia yang masing-masing dilihat cuba mempertahankan bahawa masakan itu berasal dari negara masing-masing.
Ferdinand memuat naik tweet tersebut dengan berkata :
“Makan tengahhari nasi goreng… Kekalkan cata tempatan di #Singapura”.
Akaun twitter AmranFanz menulis “Sejak bila ‘nasi goreng’ tu Singapore punya? @rioferdy5?”
“@rioferdy5 sebenarnya itu (nasi goreng) adalah makanan tempatan Indonesia,” tulis Rizky Agustian?.
“@OBrien_86 @rioferdy5 pembetulan, nasi goreng dari negara saya Indonesia, bukan Singapura,” dakwa pengguna Twitter, Citra Meracuni Dunia?.
Namun mesti ramai yang tertanya-tanya kan dari mana asal usul nasi goreng?
Menurut Wikipedia dan juga Malaysia Digest, asal usul nasi goreng boleh dikesan di selatan China sejak 4,000 sebelum masihi.
Bagaimanapun, makanan ini cukup popular di beberapa negara Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Indonesia serta Thailand.