Viral di laman Facebook kisah seorang pelanggan yang merasa kecewa apabila makanan yang dibeli di sebuah gerai makan di Pasar Malam Bintong, Perlis itu ternyata sudah basi dan mengakibatkan dirinya sakit.
Mahal dan basi
Berdasarkan perkongsikan pelanggan ini, difahamkan ayam bakar yang dibeli bersama nasi kerabu itu telah basi. Individu ini turut tidak puas hati dengan peniaga tersebut yang gagal menjaga kualiti makanan yang dijual hingga menyebabkan dirinya mengalami sakit perut.
Beli nasi dah lah mahal. Kena pulak ayam bakar masam dan berbau busuk. Nak meniaga tu biar la jujur sama. Ni buat orang sakit perut sahaja.
Tolong lah buat makan tu biar orang boleh makan ya bukan kira untung sahaja.
Peniaga mengaku kesilapan
Tak lama kemudian, pemilik Zam Nasi Kerabu Tumis ini telah tampil di Facebook dengan permohonan maaf kepada pembeli tersebut dan juga para pelanggan yang lain.
Menurut pemilik ini, dia meminta agar pelanggan yang membeli nasi kerabunya pada hari Rabu itu untuk menghubunginya bagi menuntut ganti rugi.
Kami minta maaf diatas kesilapan kami dan kami mengaku ini kecuain daripada pihak kami.
Mana-mana pelanggan yang beli hari ini di Pasar Malam Bintong, boleh WhatsApp kami untuk permohonan maaf serta ganti rugi.
Susulan hantaran permohonan maaf itu dimuat naik, pemilik gerai tersebut telah meraih pujian daripada orang ramai kerana sikap tanggungjawab dan tidak takut untuk mengakui kesilapan dan memperbaiki insiden tersebut.