Nasi Campur RM 32: Bengang Difitnah Sorok Sotong, Lelaki Bakal Saman Pengusaha Warung

Trending

Nasi Campur RM 32: Bengang Difitnah Sorok Sotong, Lelaki Bakal Saman Pengusaha Warung

Sejak dua hari lepas, kisah seorang lelaki yang dikenakan caj RM 32 untuk sepinggan nasi, seekor udang, dua potong sotong dan sayur kangkung tumis telah menjadi viral. Lelaki itu, Syed Ikram di Facebook, memberitahu terkejut dikenakan caj sebegitu memandangkan nasi campur itu dibeli dari sebuah warung sahaja dan saiz lauk yang diambil juga kecil.
WarungAN

Berikutan itu, pengusaha warung Aziz Satar dan Otak-otak yang terletak di Kuala Kemaman, Terengganu, Liza Musid, 25, mendakwa harga lauk pauk sudah tertera pada sepanduk di kedai makannya, dan pelanggannya sepatutnya menyedari harga yang bakal dikenakan seperti tertera di sepanduk tersebut.

Advertisement

 

Bagaimanapun, Syed menyatakan melalui akaun Facebooknya yang harga RM 7 ditulis untuk seekor sotong pada sepanduk itu, sedangkan dia hanya mengambil dua potongan sotong seperti yang boleh dilihat pada gambar.

Syed Ikram mendakwa laporan Harian Metro dari pihak Liza tidak benar, dan hari ini Syed memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Liza kerana memfitnahnya.


Dalam laporan yang disiarkan di akhbar  Harian Metro semalam, Liza mendakwa:

Selain itu, pelanggan tersebut seolah-olah menyembunyikan sepotong lagi sotong di dalam pinggan nasi yang diambilnya dan saiz udang galah gred A kelihatan lebih kecil dari saiz sebenar dalam gambar yang ditularkannya.

Tidak semua harga makanan yang saya jual di kedai ini mahal, harga nasi campur dengan lauk sayur yang dimakan oleh rakan pelanggan hanya RM 8 berbanding dengannya sendiri.

Sehubungan itu, Syed telah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan mendakwa tidak akan memaafkan Liza kerana memfitnahnya.

Majoriti netizen menyokong tindakan Syed dan menganggap tindakan pengusaha itu kurang ajar dan tetap ingin menegakkan benang basah sedangkan isu ini tidak perlu dipanjangkan jika pengusaha itu meminta maaf.

Syed juga memberitahu tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan wanita itu, sebaliknya hanya sebagai pemberitahuan kepada orang ramai yang berhasrat untuk makan di warung tersebut.

Namun Syed berasa tercabar bila dikatakan menyorokkan sotong di pinggannya seolah-olah dia tidak tahu halal dan haram.

Setakat ini, Netizen yang mendakwa tinggal di Kemaman memberitahu harga makanan di warung tersebut memang tidak masuk akal tetapi ia sering dikunjungi orang luar yang tidak tahu mengenai harga mahal tersebut. Mereka memberitahu, bagi orang Kemaman sendiri memang mengelak dari makan di di situ, dan memilih untuk makan di gerai yang lebih murah.

Pada pendapat penulis, untuk harga makanan rakan Syed sebanyak RM 8 juga boleh dikatakan mahal jika hanya terdiri nasi dan sayur seperti yang diberitahu Liza. Malah, saiz udang itu juga tidak sebesar mana kerana ia tidak lebih besar dari saiz hidangan kangkung dan seperti sama saiz dengan sepotong sotong yang diambil oleh Syed.

Inilah yang dikatakan orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...