Nasha Aziz, aktres jelita yang sudah lama kita tidak mendengar khabar terkini mengenainya ataupun melihat lakonan beliau di kaca televisyen. Ramai juga tertanya-tanya bila agaknya beliau akan menamatkan zaman bujangnya.
Menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, rakannya terserempak dengan Nasha di sebuah gerai popular di pinggir bandar bersama seorang pemuda yang kacak. Jejaka yang  masih berada dalam lingkungan usia 20 an itu begitu mesra dan melayan Nasha dengan penuh manja.
Difahamkan jejaka tersebut bukanlah  pengurus artis popular Iman Tang seperti yang hangat diperkatakan dan dikaitkan bersama Nasha sebelum ini. Malah, hubungan mereka sudah lama berakhir.
Tersebarnya cerita ini membuatkan beberapa pihak ingin tahu siapakah gerangan pemuda tersebut yang berjaya mencuri perhatian Nasha. Benarkah mereka berpacaran?.
Kami pasti ramai yang ingin melihat Nasha Aziz akhirnya bahagia di samping seseorang dan mungkin boleh menjadi teman hidupnya sehingga ke hujung nyawa. Jangan malu untuk tampil ke hadapan dan faktor usia bukanlah pengukur sesebuah cinta.