NASA Temui Planet Seiras Bumi Yang Mungkin Berpenghuni

Trending

NASA Temui Planet Seiras Bumi Yang Mungkin Berpenghuni

Terdapat banyak khabar angin mengenai kapal angkasa Kepler yang telah berjaya mengesan beberapa buah planet yang seakan-akan sama dengan Bumi sebelum ini.

Namun, sejak kerosakan akibat kekurangan bahan bakar yang dialami kapal angkasa tersebut pada November tahun 2018, tiada lagi berita penemuan planet baru yang dilaporkan.

Advertisement

Tetapi nampaknya, Ahli Astronomi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) tidak pernah berputus asa meneruskan misi mereka. Terkini, NASA sekali lagi berjaya menemukan sebuah permata tersembunyi iaitu planet lain yang lebih mirip dengan Bumi dan kemungkinan besar ianya mempunyai penghuni.

Difahamkan kajian ini dibuat berdasarkan data yang dianalisis semula daripada teleskop ruang angkasa kapal Kepler tersebut.

kepler

Sebelum ini, dikatakan kapal angkasa Kepler telah berjaya mengesan kira-kira dua pertiga daripada 4.100 eksoplanet yang disahkan dan ditemui oleh ahli astronomi hingga kini. Namun, planet terbaru yang disebut Kepler-1649c ini gagal diiktirafkan sebagai sebuah planet.

Walaubagaimanapun, kesilapan analisis carian sebelum ini dikatakan adalah berpunca daripada kesalahan algoritma komputer di dalam kapal tersebut. Kali ini para penyelidik yang mengkaji data Kepler telah membuat sebanyak dua kali penyelidikan sehingga dapat mengenali planet itu.

Berdasarkan kajian yang dibuat, planet ini dikatakan turut berada di dalam zon bintang yang selamat iaitu sejenis bintang kerdil merah (red dwarf) yang jauh lebih kecil dan ia lebih sejuk daripada matahari sehingga membuktikan bahawa cairan dapat wujud di sekitar permukaan planet itu.

Gambar Hiasan

Mereka turut menganggarkan planet ini berpotensi untuk menerima sekitar 75% jumlah cahaya matahari yang diterima Bumi. Perkara ini menunjukkan suhu di sana tidak banyak beza dengan suhu Bumi.

Planet tersebut juga dipercayai hanya 1.06 kali lebih besar dari Bumi

Gambar Hiasan

Selain itu, Kepler-1649c juga turut dikatakan terletak 300 tahun cahaya dari Bumi yang membawa maksud jaraknya lebih hampir dengan bintangnya berbanding Bumi dengan Matahari, maka ia dapat melengkapkan orbit dalam masa 19.5 hari. Oleh itu, planet ini sangat berpotensi untuk menghadapi sinaran radiasi dari persekitaran bintangnya, sekali gus dapat menampung kehidupan di sana.

Semakin banyak data yang kita peroleh, semakin banyak tanda yang menunjukkan bahawa eksoplanet ini berpotensi dapat dihuni.

Bagaimanapun, tiada sinaran radiasi yang diperhatikan setakat ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...