NASA Tawarkan Peluang Pekerjaan Dengan Gaji Minimum RM200,000 Sebulan Dengan Syarat Tertentu

Trending

NASA Tawarkan Peluang Pekerjaan Dengan Gaji Minimum RM200,000 Sebulan Dengan Syarat Tertentu

Makluman tawaran kerja oleh NASA ini mencuri tumpuan ramai apabila mereka berkongsikan notis ini di media sosial Twitter. NASA memberitahu mereka sedang mencari ahli baru untuk bahagian angkasawan mereka. Tapi rasa-rasanya, apa ciri-ciri dan kriteria yang diperlukan untuk menjadi angkasawan?

Sudah tentu ramai yang pernah impikan untuk menjadi angkasawan semasa kecil dahulu. Sebelum ini, NASA pernah membuka peluang ini dan pada Januari lalu hanya 11 orang yang lulus manakala 18,000 yang lain gagal.

Advertisement

Untuk yang berminat, ini adalah kriteria yang dicari oleh NASA:

Bukan mudah untuk menjadi seorang angkasawan kerana tanggungjawabnya juga lebih besar. Tapi apa yang menarik perhatian ramai, pastinya bayaran lumayan yang diterima dengan gaji sebanyak RM200,000 hingga RM300,000 sebulan!

Permohonan ini dibuka bagi memilih kumpulan angkasawan bagi pertengahan tahun 2021 dan calon yang terpilih akan memulakan latihan di Johnson Space Center di Houstan, Texas. Buat pertama kalinya juga, calon perlu menjalankan ujian secara atas talian selama dua jam.

Calon yang terpilih bakal menjalani kelas di ibu pejabat NASA, antara kelas yang akan diambil ialah kelas Neutral Buoyancy, robotik, sistem Stesen Angkasa Antarabangsa, menguji jet latihan T-38 dan mempelajari bahasa Rusia. Untuk yang berminat, permohonan akan mula dibuka pada 2 Mac 2020 ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...