Makluman tawaran kerja oleh NASA ini mencuri tumpuan ramai apabila mereka berkongsikan notis ini di media sosial Twitter. NASA memberitahu mereka sedang mencari ahli baru untuk bahagian angkasawan mereka. Tapi rasa-rasanya, apa ciri-ciri dan kriteria yang diperlukan untuk menjadi angkasawan?
Sudah tentu ramai yang pernah impikan untuk menjadi angkasawan semasa kecil dahulu. Sebelum ini, NASA pernah membuka peluang ini dan pada Januari lalu hanya 11 orang yang lulus manakala 18,000 yang lain gagal.
Big news! Starting March 2 @NASA will begin accepting astronaut applications. Our newest astronauts have what it takes to explore the stars — do you? Check out their advice to #BeAnAstronaut and get your resumes ready! https://t.co/MtguPM6h3A pic.twitter.com/KUlQh7ADDL
— Jim Bridenstine (@JimBridenstine) February 11, 2020
Untuk yang berminat, ini adalah kriteria yang dicari oleh NASA:
Bukan mudah untuk menjadi seorang angkasawan kerana tanggungjawabnya juga lebih besar. Tapi apa yang menarik perhatian ramai, pastinya bayaran lumayan yang diterima dengan gaji sebanyak RM200,000 hingga RM300,000 sebulan!
Permohonan ini dibuka bagi memilih kumpulan angkasawan bagi pertengahan tahun 2021 dan calon yang terpilih akan memulakan latihan di Johnson Space Center di Houstan, Texas. Buat pertama kalinya juga, calon perlu menjalankan ujian secara atas talian selama dua jam.
Calon yang terpilih bakal menjalani kelas di ibu pejabat NASA, antara kelas yang akan diambil ialah kelas Neutral Buoyancy, robotik, sistem Stesen Angkasa Antarabangsa, menguji jet latihan T-38 dan mempelajari bahasa Rusia. Untuk yang berminat, permohonan akan mula dibuka pada 2 Mac 2020 ini.