NASA Tawar Pelancongan Ke Stesen Angkasa Lepas Bermula Tahun Depan

Travel

NASA Tawar Pelancongan Ke Stesen Angkasa Lepas Bermula Tahun Depan

Pada hujung minggu lalu, NASA mengumumkan akan mula menawarkan ruang untuk pelancong angkasa lepas bermula tahun hadapan. Hanya dua penerbangan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) milik NASA akan dibenarkan setiap tahun dan pelancong dibenarkan tinggal sehingga 30 hari.

Kos penginapan bermula dari $35,000 (~RM 146,000) semalam lapor agensi berita Turki Anadolu.

Advertisement

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat itu berkata ia akan membuka stesen tersebut untuk “misi angkasawan peribadi” dengan membenarkan dua penerbangan setiap tahun, dengan setiap satunya memakan masa maksimum 30 hari.

Misi itu akan menelan kos sebanyak US$50 juta, dengan NASA mengaut keuntungan sebanyak US$35,000 bagi setiap perjalanan, menurut CNBC.

Langkah itu diambil selepas syarikat seperti Boeing dan SpaceX membangunkan kapsul untuk membawa manusia ke ISS, dan NASA berkata kedua-dua syarikat akan menjaga pelancong terbabit dan keperluan mereka.

Misi peribadi pertama yang dirancang ke ISS ditetapkan seawal tahun 2020, kata agensi angkasa lepas itu.

Selain ruang untuk pelancong, NASA juga akan membenarkan aktiviti komersial seperti pengiklanan, ujian angkasa di angkasa lepas dan perfileman. Langkah ini diambil bagi menanggung kos operasi yang mencecah $4 bilion (~RM 16.7 bilion) setahun.

 

Sumber: NASA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...