September 21st, 2016

Bakal menerima kehadiran cahaya mata mereka yang pertama tidak lama lagi, pasangan selebriti Nas- T dan Atita Haris memilih untuk merahsiakan jantina anak mereka.

Nas- T juga memaklumkan bayi di dalam kandungan sihat. Malah, isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan teruk.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan imbasan dilakukan doktor juga menunjukkan bayi dalam kandungan sihat dan aktif. Cuma buat masa ini, biarlah jantina kandungan itu diketahui oleh kami berdua.

Semestinya sebagai bakal bapa yang julung kali ingin menyambut cahaya mata sulung, saya berasa amat teruja. Kandungan Atita kini sudah mencecah tujuh bulan dan tidak sabar rasanya menanti detik indah itu tiba.

Pada masa yang sama, Nas – T akui beliau agak beruntung kerana Atita tidak mengidam makanan yang aneh dan hanya ingin memakan masakan lemak dan nasi kandar yang boleh dikatakan cukup mudah untuk beliau tunaikan.

Ada juga saya dengar suami pening kepala hendak menunaikan permintaan isteri yang mengidam kerana meminta benda aneh. Namun, buat masa ini saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana Atita teringin nasi kandar dan masak lemak saja.

Itu adalah hak Nas – T dan Atita untuk merahsiakan jantina anaknya. Paling penting ibu dan kandungan sihat-sihat sahaja. Semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...