January 4th, 2016

Hubungan istimewa yang terjalin antara selebriti Nas- T dan model serta ikon Instagram terkenal Atita Haris sudah mula dihidu peminat beberapa bulan lepas. Walaubagaimanapun, pasangan tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung percintaan mereka.

Terbaru, Nas-T menerusi akhbar Harian Metro memberitahu beliau dan Atita bakal mendirikan rumah tangga pada 4 Mac depan. Nas juga menjelaskan beliau tidak pernah kisah dengan status Atita sebagai seorang ibu tunggal.

Saya tahu status Atita sejak hari pertama berkenalan lagi. Bagi saya status bukanlah halangan dalam sesebuah hubungan. Lagipun perkara ini berkaitan dengan jodoh yang sudah ditetapkan Allah SWT. Tidak adil untuk menilai seseorang disebabkan status yang dimiliki.

Buat masa ini baik Nas mahupun Atita, kedua-duanya enggan lagi mengenangkan setiap pengalaman pahit didalam percintaan mereka di masa silam. Mereka juga mempunyai banyak persamaan selain saling bersependapat dalam setiap perkara.

Menurut Nas, anak Atita iaitu Sofea ataupun lebih mesra dengan gelaran Opi juga sudah cukup raat dengan dirinya.

Untuk pengetahuan anda, Nas sudah menghantar rombongan merisik pada bulan Disember 2015. Persiapan perkahwinan mereka juga sudah siap hampir 70 peratus.

Alhamdullillah, segala perancangan dipermudahkan. Syukur kedua-dua keluarga juga merestui hubungan kami. Itulah yang paling penting. Buat masa sekarang, persiapan kahwin sudah siap 70 peratus. Tinggal lagi beberapa perkara kecil untuk diselesaikan.

Berbicara mengenai perkenalan mereka, Nas-T bertemu dengan Atita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri tahun lalu.

Kami bekerja di bawah satu syarikat. Dia adalah model dan duta produk Hijab Wash, manakala saya pula duta produk makanan tambahan bagi membina badan.

Memandangkan ketika itu kedua-duanya solo, jadi majikan cuba menyatukan kami dengan mencadangkan supaya saling berkenalan. Sejak itu, kami semakin rapat dan membawa hubungan ini ke fasa serius.

Sudah pun mengikuti kursus kahwin baru-baru ini, Nas akui beliau merasa berdebar untuk menanti detik bergelar suami tidak lama lagi.

Itulah namanya jodoh, soal status Tita sebagai ibu tunggal bukannya satu masalah bukan? Tahniah kami ucapkan kepada mereka dan semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...