Nas Daily Mengalah Setelah Dikecam Netizen

Trending

Nas Daily Mengalah Setelah Dikecam Netizen

Baru-baru ini, vlogger terkenal, Nas Daily, memuat naik 3 video tentang Malaysia ketika lawatannya ke negara jiran kita iaitu Singapura.

Tiga video yang dimuat naik itu bertajuk:

Advertisement
  • The Forbidden Land
  • The Airport Prisoner
  • How Singapore Drives

Video-video itu yang dianggap seperti memperkecilkan serta mempamerkan sisi negatif Malaysia, semestinya akan mendapat perhatian oleh netizen. Setelah pelbagai reaksi dan komen membanjiri facebook Nas Daily, akhirnya Nas tampil dengan keterangan mengenai isu ini.

Satu status khas untuk rakyat Malaysia telah di tulis olehnya di facebook rasmi Nas Daily. Dia menerangkan sebab disebalik  setiap video-video yang dibuatnya itu.

Nas atau nama sebenarnya, Nuseir Yassin, lelaki berketurnan Israel-Palestin ini mengatakan yang dia sebenarnya tidak ada niat atau agenda tersembunyi dan hanya seorang yang suka mengembara untuk berkongsi kebaikan seluruh dunia serta sangat berminat untuk datang ke Malaysia.

Dia juga sedar video yang paling banyak mendapat kecaman netizen ialah video ‘How Singapore Drives’ yang menunjukkan cara pemanduan rakyat Singapura dianggap terbaik tetapi sebaliknya dia membandingkan dengan cara pemanduan rakyat Malaysia serta mempamerkan kereta dengan nombor plat Malaysia.

” Perkara paling penting yang saya ingin katakan ialah: Tidak, saya tidak benci Malaysia dan tidak ada agenda tersembunyi.

Anda dan saya ada banyak persamaan daripada perbezaan dan saya benci untuk anda mempercayai berita palsu mengenai Nas Daily.”

Sesetengah rakyat Malaysia mengkritik Nas kerana dia menyamakan Malaysia dengan Korea Utara hanya kerana statusnya seorang pemegang passport Israel yang tidak dibenarkan untuk memasuki negara ini. Ada juga yang mempersoalkan status Nas sebagai seorang muslim yang liberal.

Yang paling menarik komen-komen tentang budaya ‘mak cik bawang’ di Malaysia memang sangat kuat sehingga boleh ‘menumpaskan’ dan membuatkan Nas memuat naik status untuk ‘mempertahankan’ dirinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...