Nas Adila Dan Aliff AF6 Bakal Nikah 12 Disember Depan

Hiburan

Nas Adila Dan Aliff AF6 Bakal Nikah 12 Disember Depan

Nampaknya gosip Raja Pop, Jamal Abdilah dan Nas Adila yang kononnya sedang menjalinkan hubungan istimewa akhirnya tamat apabila Nas Adila sendiri mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan bekas pelajar Akademi Fantasia musim 6 iaitu Aliff selepas tiga tahun bercinta.

Pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember. Majlis pernikahan Nas Adila dan Aliff akan diadakan di Masjid Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada sebelah pagi dan bersanding pada hari yang  sama di Kompleks Finas.

Advertisement

Sudah saling mengenali selama 6 tahun sebelum membuat keputusan untuk bercinta serta mendirikan rumah tangga. Percintaan mereka pernah putus di tengah jalan, namun jodoh antara mereka masih lagi kuat dan akhirnya ke jinjang pelamin jua.

Insya-Allah, jodoh kami kuat. Perpisahan seketika sebelum ini buat kami jadi lebih matang dan positif. Ia buat kami berdua jadi kuat untuk mengharungi kehidupan bersama.

Persiapan sedang dilakukan saat ini dan perbincangan mengenai konsep perkahwinan akan dilakukan bulan hadapan. Ikut hati nak konsep sanding ala dalam taman dan lokasi di Kompleks Finas itu sedikit sebanyak boleh merealisasikan apa yang saya ingini sekalipun tak boleh secara total.

Pada majlis pernikahan itu nanti, Nas Adila akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Aliff. Pihak Aliff juga akan menyerahkan wang hantaran berjumlah RM25,000. Mereka juga merancang untuk berbulan madu di Bali, Indonesia.

Tahniah kami ucapkan kepada Nas Adila dan Aliff,  semoga kekal sehingga ke anak cucu. Pupuk nilai sabar dan toleransi dalam perkahwinan pasti anda berdua akan bahagia.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...