Penyanyi veteran, Aishah menerusi Instagram menegur pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva kerana sering mengeluarkan kata-kata kesat.
Kata peserta GV10 itu, dia hanya mengenali Azwan Ali yang ‘decent’ bukan seperti sekarang yang lantang dan tahu pengacara berkenaan pernah ‘mengusiknya’ sebelum ini.
Sebagai rakan dalam bidang seni, saya harap satu hari nanti awak akan temui ketenangan dan kebahagiaan. Saya selalu tertanya apa yang berlaku kepada lelaki ini, terlalu banyak kemarahan (di dalam hati) dan saya percaya sebenarnya dalam kesakitan.
Aishah turut mengingatkan Azwan Ali untuk berubah kerana umur yang semakin bertambah dan turut mendoakan agar pengacara itu diberikan kebahagiaan hakiki.
Jangan macam ni Wan. Ini bukan kamu. Orang kata bagaimana kita hidup akan kelihatan nanti bila saat sakratul maut. Jangan sampai malaikat maut pun you maki hanjingkan.
View this post on Instagram