Penyanyi Hafiz Hamidun memberi saranan kepada selebriti serta individu ternama untuk mendaftarkan nama mereka sebagai tanda dagang (trademark) bagi mengelakkan dari timbulnya isu penyalahgunaan nama di masa akan datang.
Ujar Hafiz, isu yang timbul pada empat tahun lalu mengajarnya untuk lebih berhati-hati supaya namanya tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengaut keuntungan tanpa pengetahuannya.
Bukan untuk mengaut keuntungan tetapi bimbang nama digunakan untuk tujuan tidak baik. Apa yang berlaku nanti nama kita yang busuk.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia juga tidak mahu perkara yang terjadi kepada dirinya berulang kepada selebriti yang lain dan ia juga sebagai peringatan kepada syarikat untuk tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama tanpa kebenaran.
Sekadar info, pada Februari 2017, Hafiz telah memfailkan saman terhadap syarikat tekstil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana salah guna namanya tanpa kebenaran dan meluahkan rasa lega apabila usaha menegakkan haknya sebagai selebriti dan usahawan tidak sia-sia apabila menang kes saman itu pada Mei 2018.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.