Berita mengenai pengunduran Awal Ashaari dan Janna Nick daripada program Melodi mengundang pelbagai kontroversi dalam kalangan netizen tentang siapakah yang bakal menggantikan pasangan ini.
Meninjau ruangan Instagram Story Awal Ashaari, personaliti TV itu seolah memberi gambaran bahawa pelakon Nabila Huda bakal menjadi pengacara Melodi sekaligus menggantikan dia dan Janna Nick.
Dia yang dilihat ‘mengusik’ Nabila yang bakal sibuk dengan kerja pada setiap hujung minggu selepas ini.
“Awal rasa tidak ada orang yang lebih layak melainkan awak (Nabila Huda). Saya bangga dengan Cik Abil (Nabila). Ada seminggu ja lagi nak dating dengan Cik Bert (suami Nabila) dan Keisha puas-puas, lepas ini mummy dia sibuk hujung minggu.”
Terdahulu, Awal dan Janna menerusi siaran langsung program meninggalkan tanda tanya apabila mereka berdua mendakwa minggu hadapan bakal menyaksikan episod terakhir mereka sebagai pengacara.
View this post on Instagram
Malah, penerbit program hiburan popular tersebut, Noradillah Abdullah juga memaklumkan satu sidang media khas bakal diadakan dalam waktu terdekat bagi menjawab persoalan mengenai status kedua-dua pengacara berkenaan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.