Disangka sudah selesai semuanya isu mahkamah melibatkan pelawak Ali Puteh dan bekas kakak iparnya, Norhidayah, namun rupa-rupanya masih ada isu yang berbangkit.
Hidayah muat naik surat mahkamah
Terbaru, Hidayah menerusi media sosialnya ada memuat naik surat mahkamah tertera namanya sebagai defendan manakala kakak iparnya, Sharifah Norwahidah sebagai plaintif.
Difahamkan, selain Hidayah, Syed Mohd Ridzuan, Syed Ali Mubarak, Mohd Abdul Wahab dan Syed Uthman Hamzah juga disenaraikan sebagai defendan.
Hurm, ada lagi, semoga aku kuat. Apa apa pun semoga dipermudahkan segala urusan saya dan anak saya dan baik baik saja.
Tulisnya lagi di bahagian kapsyen video tersebut, isu perebutan harta pusaka sudah pun selesai dan isu berbangkit ini bakal diketahui umum tidak lama lagi.
Ali pertahankan diri, isu berkaitan tanah difaraidkan
Sementara itu, Ali Puteh yang bersiaran di ‘live’ TikTok semalam ada memberi respon mengenai isu ini dan turut mempertahankan diri setelah ‘dipetik’ netizen gara-gara Hidayah memuat naik surat mahkamah berkenaan.
Menurut pelawak itu. Hidayah telah menuntut bahagian tanah (tempat tinggal kakaknya) untuk difaraidkan dengan alasan kerana penama geran tanah tersebut adalah di bawah nama arwah suami, Allahyarham Abam Bocey.
Berikutan arwah Abam meninggal dunia secara tiba-tiba, urusan penukaran nama menjadi sulit selain Ali mempersoalkan di mana hati budi Hidayah yang sanggup mengambil tempat tinggal kakaknya untuk difaraidkan.
Malah, Ali Puteh turut mendakwa Hidayah tidak hadirkan diri sepanjang prosedur urusan mahkamah untuk kes tersebut kerana bercuti di Pulau Pinang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.