Bila kita dah pun berumah tangga, perkara utama adalah kena pandai uruskan masa kita. Sebab bukan lagi hidup bujang macam dulu. Banyak perkara perlu dipertimbangkan sewajarnya tanpa mengguris hati si isteri.
Admin berpendapat, biarlah segala urusan yang dilakukan, memberi kepuasan kepada semua pihak. Jika mampu memberi masa kepada sahabat, mengapa tidak meluangkan masa kepada suami atau isteri, kerana mereka yang akan menemani hidup kita selamanya, In Shaa Allah.
Atas faktor ini, admin terpanggil untuk berkongsi akan nukilan seorang isteri terhadap kaum suami yang sering kali menghabiskan masa bersama sahabat mereka, tetapi ianya hanyalah nukilan yang berunsur general, tidak memfokuskan pada mana-mana lelaki. Jom kita baca nukilan Nurulbadiah Lai ini.
Ada suami yg suka keluar malam melepak ngn kawan2,kopi sampai ke pagi bila bini marah
#Dikata queen control
#Dikata jelous tak bertempat
#Dikata bini org lain ok je
#Dikata tak faham
-Dibagi alasan,nanti apa kata kawan2 saya?
#Keselamatan anak bini dekat rumah
#Kasihsayang yg lopong dlm rumah
#Masa seharian yg bekerja ditambah plak mlm2 keluar melepak langsung tak ade masa utk anak bini
Ada fikir?
Agaknya kalu jadi apa2 dekat anak bini mase korang keluar melepak sampai kepagi tu,apa kawan korang boleh buat?
#Ade kawan korang masak utk korang?
#Ada kawan korang Bantu cari duit utk family korang?
#Siapa peneman tido korang?kawan ke bini?
#Sapa yg dipersoalkn kalu korang gagal didik ank korang?kawan ke korang sendiri?
#Anak siapa yg jd tanggubgjwb korang?anak korang ke anak kawan korang?
Please stop using term’nanti apa kata kawan2 saya’..typical reason sgt.
Nak melepak boleh.silakan tapi berpada
Nak berkawan boleh silakan tapi berpada
Nak bersukan apa sahaja boleh tapi berpada
Pukul 12 tgh malam tu waktu sepatutnye anda dirumah sebagai suami pelindung anak isteri
Bukan dimeja mamak bukan dijalanan.
Kalu kerana bekerja ,tak apa lah jugak,yg tak kerana kerja apa cerita?
Seminggu dua kali okay je,tapi kalu setiap hari,bini gila je yg tak marah
Ingat,anda suami dan bapa org.bukan B.U.J.A.N.G..
Memang,laki orang kalu duduk melepak sampai 6 pagi org tak kata apa2
Bini org kalu pukul 12 mlm masih ade kt meja mamak lagi mmg sikit lagi bakal janda kotnya.
Tapi gunalah akal dan pertimbangan.
Bila berkahwin buat cara mcm berkahwin.
Zaman melepak sampai subuh keluar situ sini dh berlalu.nak tak nak kene hadap dan terima,kalu tak bleh terima kenapa berkahwin at the first place?
Kat rumah korang tu ade ANAK ORANG dan AMANAT KECIL yg perlu dijaga.kalu korang hari2 tak de kat rumah sampai kepagi,sapa yg nak jadi pelindung mereka?
Tak taulah kalau korang bela SAKA utk jaga anakbini korang semasa ketiadaan korang kat rumah
Jgn jadi suami yg terpaksa ikut kawan.jadilah suami yg kawan terpaksa ikut korang.
nasihat ini berbentuk umum..tidak ditujukan kepada siapa2.peringatan sesama sendiri termasuk diri sendiri .yg baik ambil yg buruk buang.
P/s:.tolong baca dgn hati yg tenang dan positif.bkn bash sapa2.tp tak tahulah plak kat malaysia ni kene jadi kt diri sendiri dulu bru boleh buat ulasan/bg nasihat..kesian kn,contoh kalu kite nak bercakap psl jenayah sumbangmahram,tak pasal2 nti org ingat kite ni mangsa sumbang mahram..