“Nanti Kalau Mak Meninggal…” – Aliff Syukri Buat Kejutan Hari Lahir, Pesanan Bonda Rozita Selepas Terima Hadiah Undang Sebak

Hiburan

“Nanti Kalau Mak Meninggal…” – Aliff Syukri Buat Kejutan Hari Lahir, Pesanan Bonda Rozita Selepas Terima Hadiah Undang Sebak

Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri berkongsi sebuah video ketika dia memberikan kejutan dan menyambut hari lahir ibunya yang ke-59 tahun.

Menerusi TikTok, Aliff dan juga isterinya, Datin Shahida datang ke rumah Bonda Rozita dan membuat sambutan kecil-kecilan sebelum memberikannya hadiah.

Advertisement

Aliff menghadiahkan Bonda Rozita seutas tasbih emas yang ditempah khas selain turut membawa sebuah pasu berisi bunga dan senaskhah Al-Quran.

Kata Aliff sudah bermacam jenis hadiah diberikan kepada ibunya itu namun kali ini dia membuat keputusan untuk menghadiahkan tasbih emas pula.

Saya percaya hadiah ini tidak ternilai dengan pengorbanan mak menjaga saya daripada kecil sampailah sekarang.

@abangterlajaklarisHappy bitdy mak❤️❤️Semua barang kri dah bagi dekat Mak sampai x tau nak kasi apa… Cuma satu yang mak belum pernah dapat dari Syukri. Tasbih custem Ini hadiah paling beharga yang Syukri pernah bagi. Semoga Mak panjang umur,sihat selalu dan sentiasa gembira melalui hari hari mendatang.. saya percaya percaya hadiah ini tidak ternilai pengorbanan mak menjaga saya daripada kecil sampai lah sekarang apa pun selamat hari lahir emak ke-59❤️❤️❤️♬ Warm Piano (Instrumental) – Audiolist Productions

Menerusi ruangan komen ramai yang memuji Aliff kerana menyantuni ibunya dengan baik selain sangat menjaga hubungan akrab.

Meskipun sering menimbulkan kontroversi dan membuatkan ramai annoyed dengan karakternya namun sikapnya mendahulukan Bonda Rozita dipuji ramai.

Bukan itu sahaja, kata-kata dan pesanan diberikan oleh ibu Aliff selepas mendapat hadiah daripada Aliff, telah mencuri perhatian warganet.

Satu hari, kalau mak meninggal Al Quran ni tolong sambung (baca) tau.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...