“Nanti Baby Dah Keluar Kita Bagi Dorang” – Suami Paksa Jadi Penjamin Pinjam Ahlong RM30K, Ugut Serahkan Anak

Kehidupan

“Nanti Baby Dah Keluar Kita Bagi Dorang” – Suami Paksa Jadi Penjamin Pinjam Ahlong RM30K, Ugut Serahkan Anak

Perkongsian seorang wanita yang mengakui dia rasa seperti dijerat oleh suami yang dinikahinya selepas perkenalan yang singkat.

Menerusi hantaran di Twitter, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu meminta pendapat daripada orang ramai apa yang patut dilakukannya.

Advertisement

Memulakan cerita, dia berkata mereka berdua hanya berjumpa sekali sebelum bersetuju untuk berkahwin kerana terpengaruh dengan ‘trend’ kahwin dan bercinta selepas bernikah.

Selepas sah menjadi suami isteri, mereka hidup berjauhan kerana suami menjalankan bisnes sendiri kecil-kecilan sementara dia pula masih sedang menuntut pengajian di universiti.

pic

Selepas tiga bulan, dia mengalami simptom seperti orang hamil namun suaminya bersikap dingin dan tiba-tiba memaksanya untuk menjadi penjamin untuk meminjam ahlong.

Minta gambar IC, minta alamat rumah parents. Rupanya ada pinjam along RM30K.”

Namun, apa yang lebih membuatkannya takut adalah kerana si suami mengugut untuk memberikan anak mereka kepada geng ahlong selepas dilahirkan jika dia enggan menjadi penjamin.

pic

Menerusi tangkap layar perbualan yang ditunjuknya itu, suami wanita berkenaan menyuruh dia memberitahu sekiranya benar dia mengandung. Kata suaminya,

Nanti baby tu dah keluar bagi je kata dorang (ahlong). U jangan lari pulak. Anak I kan, so I ada hak nak buat macam tu.”

pic

Luahan wanita itu mendapat perhatian ramai warganet di mana sesetengah daripada mereka mencadangkan agar dia memaklumkan hal tersebut kepada ibu bapanya.

Segelintir individu pula menggesa agar wanita tersebut pergi membuat laporan polis untuk keselamatannya dan bayi dalam kandungan.

pic

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan agar dia cuba untuk mendapatkan nasihat daripada segi undang-undang serta membuat tuntutan fasakh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu derhaka
1 year ago

"Najis Tiada Siapa Bersihkan, Anak Tak Kunjung Pun" - Malu Jaga Suami Sakit, Menantu Dedah Kini Ibu Mertua Terima Kifarah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...