Nancy Shukri Kecam Isu Bapa Eksploitasi Anak Di Media Sosial – “Tak Boleh Diterima”

Trending

Nancy Shukri Kecam Isu Bapa Eksploitasi Anak Di Media Sosial – “Tak Boleh Diterima”

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri tampil memberi respon berhubung isu seorang bapa yang didakwa mengeksploitasi anak perempuannya di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Menerusi kenyataan di akaun X rasmi miliknya, Nancy menegaskan bahawa tindakan sebegitu, walaupun dilakukan oleh ibu bapa sendiri, sama sekali tidak boleh diterima.

Advertisement

Tulisnya,

Saya memandang serius isu seorang bapa yang mengendalikan akaun anak perempuannya yang tular di media sosial.
Tindakan mengeksploitasi kanak-kanak dalam talian, walaupun oleh ibu bapa sendiri, adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima.

Nancy turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang peka dan segera membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK).

Beliau menegaskan, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kementeriannya, sambil memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan bagi melindungi hak serta masa depan golongan terbabit.

bapa panggil anak escort girl dan mini wife
2025-08-22 10:51:42

Gelar Anak 'Escort Girl' & 'Mini Wife', Cikgu Fadli Salleh 'Sembur' Bapa Rania - "Allah... Apa Benda Ni??"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...