AF2015 dalam beberapa hari ini menjadi topik hangat setiap orang, bermula daripada kes Rozita Che Wan dan Edry KRU kini ada pihak yang menuduh bahawa pengacara Diari AF2015 Nana Mahazan syok sendiri dan beraksi mengada keterlaluan sewaktu mengendalikan rancangan tersebut.
Malah, segelintir peminat beliau di Instagram berpendapat ada kalanya pakaian yang digayakan oleh Nana sama sekali tidak sesuai bagi program berkenaan.
Cara penyampaian saya untuk Diari AF mengikut arahan pihak produksi yang mahu saya jadi diri sendiri. Kalau saya syok sendiri atau over sudah tentu pihak produksi terlebih dahulu akan tegur dan minta saya perbaikinya.
Tambah Nana, mereka yang memberikan komen negatif itu sebenarnya tidak faham tentang cara kerja yang harus di lakukan disebalik sesuatu program. Ini kerana setiap perkara termasuklah cara berpakaian ditentukan oleh pihak produksi dan bukan atas kehendak pengacara.
Mereka komen sebab mereka tidak faham tentang cara kerja kita di belakang tabir yang mana sesuatu keputusan tentang pakaian dan konsep ditentukan mengikut perbincangan kumpulan produksi.
Kadang-kadang saya balas komen mereka supaya mereka faham tentang perkara itu. Saya berpakaian begitu adalah mengikut tema yang diberikan setiap minggu dan digayakan oleh perunding fesyen.
Nana berharap selepas ini tiada lagi peminat yang membandingkan beliau dengan pengacara lain kerana setiap orang mempunyai gaya mereka sendiri dalam bidang pengacara.
Mungkin peminat rasa annoying dengan gaya Nana yang kadang-kala memang jelas sedikit over, tetapi beliau cuma menjalankan arahan pihak produksi. Tidak mengapa, kita seharusnya bagi beliau sokongan untuk mengasah lagi bakatnya dalam bidang pengacaraan, kalau kita berada di tempatnya belum tentu kita yang mengkritik ni boleh jadi pengacara yang baik kan?