Umum mengetahui, buah anggur import yang dijual di pasar raya boleh diperoleh pada harga mampu milik sekitar RM10 hingga ke RM15 sepeket sahaja, namjun segalanya bergantung kepada jenis, kualiti dan negara pengeluar buah tersebut.
Meskipun begitu, nama pengacara popular Nana Mahazan mula menjadi perhatian apabila beliau dikhabarkan meluahkan rasa keinginananya untuk menikmati anggur import yang dijual mencecah sehingga lebih RM200 bagi sekilogram.
Perkara itu sendiri oleh Nana di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping foto anggur jenis Shine Muscat yang ditemuinya ketika masuk ke sebuah pasar raya.
Dalam entri tersebut, beberapa keping foto anggur yang sudah siap dibungkus berharga mencecah sehingga RM179.90 sepeket.
“Adakah saya boleh tidur lena malam ini? hmmm, tapi dah sampai rumah, korang rasa?”
Entri tersebut bagaimanapun mendapat reaksi pelakon Nabila Huda. Sebagai penggemar setia produk import, Nabila mendedahkan harga tersebut memang tidak masuk akal, namun beliau dikhabarakan sanggup berbelanja lebih demi memenuhi keinginan serta turut memberikan tips untuk membeli.
“Kumpul sahaja duit sikit-sikit sampai harga buah tu kemudian beli sahaja senyap-senyap untuk hilangkan craving dan kau punya curious. Resit jangan simpan, lepas tu buang pelekat harga tu siap-siap sebelum masuk peti ais.”
Terdahulu, Naana pernah menjadi perhatian netizen apabila membuat keputusan untuk membeli sebatang jagung import dari Jepun yang dijual pada harga RM27.50.