Ciannya kami kat Siti Nordiana nie. Memang dah confirm kena cerai talak dua dengan bekas suami dia guna telefon jer. Muda-muda lagi dah jadi janda. Nasib baik masih hot gitu. Rasa-rasa nanti ramai ke Dato’-Dato’ nak try masuk line ngorat si Nana nie?
Bila baca-baca balik penjelasan Nana nie, nampak macam dah kena cerai sampai talak tiga. Confuse sekejap kami dibuatnya. Mungkin korang boleh cuba baca pengakuan Nana nie dan memahami berapa banyak talak sebenarnya si Nana nie diceraikan.
Untuk membaca dengan lebih jelas kronologi penceraian Nana dengan suaminya Faizal, sila baca artikel ini selengkapnya.
Nana, 25, yang kelihatan tenang ketika ditemuramah para wartawan menjelaskan bahawa tindakannya memfailkan penceraian terhadap Faizal, 31, kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka dan Faizal telah bertindak melafazkan cerai kepadanya sebanyak dua kali dalam bulan yang sama.
“Nana masih belum lagi failkan permohonan (cerai) tersebut, ikutkan dalam minggu ini tetapi sekarang Nana agak sibuk jadi mungkin dalam minggu depan Nana akan failkan di mahkamah Seremban.
“Nana tak boleh nak tunggu selepas raya kerana dia dah lafazkan cerai pada Nana dengan talak dua dan pihak mahkamah juga nasihatkan Nana untuk failkan dengan kadar yang segera.
“Sebenarnya dia dah lafaz ceraikan Nana sebanyak dua kali dalam bulan yang sama iaitu bulan Ogos yang lalu, kali pertama tu dia ceraikan Nana dengan talak satu, tetapi kami rujuk kembali secara bersendirian dan pada hujung Ogos dia lafazkan lagi sekali dengan talak dua.
“Jadi Nana rasa dah tak boleh nak tangguh lagi dan memang Nana dah nekad untuk berpisah dengan dia,” jelas Nana yang telah banyak melakukan solat hajat dan mendapat petunjuk bahawa berpisah adalah jalan penyelesaian yang sesuai.
Ditanya apakah punca sebenar keretakan rumah tangganya bersama Faizal, Nana hanya mengatakan mereka sudah tidak sependapat dan tidak mahu mendedahkan punca lain kerana perkara ini masih belum mendapat pengesahan dari pihak mahkamah.
“Puncanya hanya kami sudah tiada persefahaman, kami sudah berbeza dari segi pendapat itu sahaja… punca yang lain Nana tak boleh nak dedahkan lagi buat waktu ini.
“Ikutkan dia dah ceraikan Nana dengan talak tiga, tapi lafaz dia pada kali pertama tu masih tidak dapat dipastikan lagi sah atau tidak.
“Dari awal perkahwinan lagi kami sudah selalu berselisih pendapat, tetapi kami sentiasa cuba untuk menyelamatkan perkahwinan kami, cuma kali ini Nana rasa dah tak boleh nak diselamatkan lagi…
“Pintu hati Nana juga buat masa ini sudah tertutup untuk bersama dia semula dan memang Nana dah nekad untuk berpisah,” ujar Nana yang turut memberitahu dia diceraikan hanya melalui panggilan telefon yang dibuat oleh Faizal.
Menurut artis yang berasal dari Negeri Sembilan ini juga, perkahwinannya bersama Faizal bukanlah satu kesilapan yang dilakukan sebaliknya Nana menganggap semua ini sebagai satu pengajaran dalam meneruskan hidup.
“Bagi Nana perkahwinan ini bukan satu kesilapan, sebaliknya satu pengajaran buat Nana untuk meneruskan hidup selepas ini.
“Faizal bukanlah seorang lelaki yang jahat, dia pun banyak mengajar Nana erti kehidupan dan menjadi seorang yang kuat.
“Walau apa yang terjadi selepas ini, dia masih lagi merupakan kawan Nana dan Nana dah bersedia untuk teruskan hidup tanpa seorang suami.
“Nana kira bernasib baik kerana perkara ini berlaku semasa Nana masih muda, sekurang-kurangnya Nana masih mampu untuk bekerja lagi untuk membela nasib Nana dan anak kami, Muhammad Rayyan Nakhaie,” kata Nana yang sudah lebih tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Faizal.
Kini Nana hanya menunggu detik untuk memfailkan permohonan cerainya dan akan buat penampilan semula dalam industri hiburan setelah semua masalahnya dapat diselesaikan kelak.