Di episod pertandingan Gegarvaganza yang baru lepas, Elyana mendedahkan dia telah tujuh tahun berjuang melawan kanser limfoma tahap empat. Berita mengejutkan itu mengundang simpati ramai orang yang tidak menyangka Elyana tidak sihat kerana dia kelihatan aktif dan ceria sepanjang bertanding di pertandingan itu.
Elyana yang telah terkeluar dari pertandingan Ahad lepas, memberitahu telah melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan penyakitnya dan pernah diberitahu dia dianggarkan hanya akan dapat hidup selama setahun oleh seorang doktor.
Namun berkat semangat dan rawatan yang dilakukan, Elyana masih bernyawa hingga ke hari ini.
Bagaimanapun, masih ada yang agak kurang sensitif mengeluarkan tweet berunsur penghakiman terhadap penyanyi itu.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Seorang pengguna Twitter iaitu @mimiabdulrashid menulis, Elyana sudah berjuang menentang kanser selama tujuh tahun tetapi tidak berjuang untuk hari akhiratnya.
Mimi juga memberi penerangan yang dia memaksudkan mengenai aurat Elyana, bukan perkara lain. Namun begitu, Mimi mula dihentam Netizen yang menganggap tweet itu tidak sensitif.
Elok delete la, Elyana tu kanser dah stage 4. Kalau netizen viralkan tweet negatif ni and Elyana nampak, apa pulak perasaan dia & family dia. Cancer survivor don’t need a people like u. They need support.
— ????? (@berserkova) November 27, 2017
Tahniah sis! pic.twitter.com/D63EM2bdTy
— Emir. (@ShfqEmir) November 27, 2017
Amboi, fikir akhirt org ja.. Mana tau kat rumah dia solat lagi sempurna dengan kita.. Tak baik cakap mcam tu sis, kita kedepan tak tahu lg mcm mn.. Hati ni Allah yg pegang, kot dia tgh usaha utk dunia dan akhirat dia
— FemmeFatale ? (@SoulOfParody) November 27, 2017
bila aurat dijadikan isu, sedar sikit mulut pun boleh bawak kita ke neraka
— Marshmello Berperisa Garam (@Brogaram) November 27, 2017
Akibatnya, @mimiabdulrashid telah memadam tweet itu dan menukar tweethandle.
Sebenarnya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Jika kata-kata kita bisa menambahkan resah di hatinya mungkin lebih baik pendapat itu disimpan saja, kerana penghakim teragung ialah Allah dan kita sendiri tidak tahu di mana pengakhiran kita.
Diharap Elyana bertabah dan teruskan berusaha untuk meminta kesembuhan dari Yang Maha Esa. – beautifulnara.com