“Nampak Tak Dia Datang Dengan Siapa?” – Pertanyaan Fizi Ali Pada Wartawan Jadi Tumpuan, Dikecam Netizen

Hiburan

“Nampak Tak Dia Datang Dengan Siapa?” – Pertanyaan Fizi Ali Pada Wartawan Jadi Tumpuan, Dikecam Netizen

Kehadiran penyampai radio, Fizi Ali bersama bekas isteri, aktress Shakilla Khoriri mencuri tumpuan apabila kedua-duanya hadir ke mahkamah bagi tujuan urusan hak penjagaan anak mereka iaitu Nur Ameena Sofia.

Di media sosial, kedua-duanya dilihat berbalas kenyataan apabila ditemui media mengenai sebab tuntutan yang dikemukakan pada hari ini.

Advertisement

Namun, reaksi Fizi apabila melihat bekas isteri, Shakilla dilihat hadir bersama ‘seseorang’ telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Nampak tak dengan siapa dia datang? Nampak tak siapa dalam kereta yang dia naik tu? Tak nampak? Okay tidak apa.

Sepatutnya awak (wartawan) kejar dia kat kereta tadi. Itu yang sepatutnya. Saya tak komen lebih-lebih.Dia datang dengan siapa ke apa, itu terpulang kepada dia.

Sekarang ni saya lebih kepada hak penjagaan anak saya. Macam saya pernah cakap sebelum ni, nak tergolek ke apa ke.

Komen tersebut dikeluarkan Fizi setelah bekas isterinya dilihat bergegas pulang bersama seseorang.

Namun, kenyataan tersebut dikecam netizen di ruangan komen video berkenaan di mana rata-rata menganggap penyampai radio itu tidak berpuas hati dengan kehidupan Shakilla.

Bukan urusan kau (Fizi) dah dia nak datang dengan siapa

Alah kau ni. Tuduh bini ada lelaki lain, dia yang ganti bini dulu.

Kata netizen lagi, kelakuan Fizi seperti ‘pakcik-pakcik bawang’ pula!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fizi Ali
11 months ago

"Hadanah Bukan Untuk Berebut, Tapi Nak Anak Saya Dapat Kasih Sayang Sempurna" - Fizi Ali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...