“Nampak Tak Bermaya, Banyak Termenung” – Video Sambut Hari Raya Undang Perhatian, Ridzuan Hashim Pencilkan Diri Tepi Tangga

Hiburan

“Nampak Tak Bermaya, Banyak Termenung” – Video Sambut Hari Raya Undang Perhatian, Ridzuan Hashim Pencilkan Diri Tepi Tangga

Semalam, dunia hiburan digemparkan dengan satu khabar berita sedih mengenai pemergian pelakon hebat iaitu Ridzuan Hashim.

Pemergian beliau sememangnya memberi kesan dalam industri seni, memandangkan lakonan hebatnya sering menjadi perhatian ramai dan mendatangkan rasa sedih daripada kalangan keluarga serta rakan selebriti.

Advertisement

Susulan pemergian Allahyarham semalam, satu video sambutan Hari Raya Aidilfitri yang memaparkan Ridzuan baru-baru ini telah mencuri perhatian kerana jelas arwah kelihatan tidak bermaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Arwah sememangnya kelihatan tidak bersemangat biarpun dikelilingi dengan suasana meriah sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah Ridzuan juga hanya memberi senyuman tawar sewaktu bergurau senda bersama keluarga.

Bukan itu saja, semasa bergambar bersama ahli keluarga, arwah hanya memencilkan diri sambil berdiri di tepi tangga dan tidak semangat untuk mengucapkan ucapan Hari Raya.

Semalam, menerusi Instagram, bekas isteri arwah iaitu Didie Alias mengesahkan berita pemergian Ridzuan.

Sekadar info, Allahyarham Ridzuan dan Didie Alias mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata, namun perkahwinan itu hanya bertahan sehingga 2002 saja.

Ridzuan Hashim
2 years ago

Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia Di Usia 62 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...