Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Nampak Sangat Try Hard” – Azar Azmi Dituduh Menggeletis Nak Dapatkan Fizo Omar

azar azmi fizo omar

Berkongsi momen manis ketika membuat kejutan sempena hari lahir pelakon dan usahawan, Fizo Omar baru-baru ini, nama pelakon Azar Azmi sekali lagi menjadi perhatian netizen.

azar azmi fizo omar

Advertisement

Meskipun ramai dalam kalangan peminat selesa melihat aksi kedua-dua mereka bermesra, namun wujud juga segelintir pihak seakan kurang senang dengan perkhabaran itu. Hal ini nyata dilihat apabila Azar dikecam di ruangan komen posting yang dimuat naik di laman Instagram tersebut apabila individu terbabit tampil memerli Azar seolah-olah telalu mencuba untuk mendapatkan Fizo.

View this post on Instagram

A post shared by ABOS (@azarazmi)

Advertisement

“Menggeletisnya Azar ni. Nampak sangat try hard nak try fizo. Orang main moto dia gedik nak main moto konon-konon kaulah yang faham hobi dia. Lolll. Fizo rilek-rilek je, kau over love-love bagai haha Kesian.”

Bagaimanapun, komen indvidu terbabit mendapat kecaman pengikut aktres itu, malah ramai yang beranggapan bahawa individu itu seolah busuk hati dengan kebahagiaan hidup Azar.

Enggan melatah, Azar yang popular dengan sikap profesionalnya itu turut membalas komen tersebut dengan mengajak individu tersebut untuk megenali dirinya dengan lebih dekat.

azar azmi fizo omar

“Mari datang jumpa saya, kemudian anda akan tahu.”

Terdahulu, Azar membuat kejutan sempena sambutan hari lahir Fizo Omar yang ke 35 pada 9 Julai lalu. Menerusi kapsyen, Fizo juga dilihat turut meninggalkan komen dengan menzahirkan ucapan terima kasih buat Azar atas usaha tersebut.

azar azmi fizo omar

Biarpun begitu, sehingga kini kedua-dua mereka dilihat sering memberi bayangan bahawa kini dalam fasa percintaan kerana asyik mempamerkan foto mesra bersama.

Untuk rekod, Fizo sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada tahun 2013, namun memutuskan untuk bercerai pada Julai 2019. Manakala, Azar pula dikhabarkan putus tunang dengan penerbit filem iaitu Hafiz Roslan sekitar Februari lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top