Baru-baru ini, isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanifiah, telah dipanggil ke balai polis bagi membantu siasatan kes penipuan yang pernah dihadapinya empat tahun lalu sebanyak RM20K.
Tidak salahkan mana-mana pihak
Namun demikian, kerugian Watie akibat ditipu scammer itu tidak disalahkan pada mana-mana pihak, sebaliknya, isteri pelawak ini meletakkan kesalahan itu ke atas diri sendiri kena cuai dan mudah percaya.
Saya kena panggil untuk kes scam tahun 2020. Yang ni saya kena scam RM20K. Nampak sangat saya ni memang jenis cepat terpedaya kan.
View this post on Instagram
Bukan kali pertama
Tambahan pula, ini juga bukan kali pertama Watie telah diperdaya oleh scammer hingga memakan ribuan ringgit. Pada Januari lalu, sempat tular juga kejadian dimana sebenyak RM100K telah lesap kerana ditipu. Menurut Watie, kejadian tersebut berlaku ketika dirinya ingin ke China atas urusan perniagaan.
Watie turut menyifatkan bulan Januari adalah bulan yang amat mencabar baginya lagi-lagi apabila akaun Instagram miliknya sempat digantung buat sementara waktu.
View this post on Instagram
Sebagai info, Watie dan Shuib telah selamat bernikah pada 23 Jun 2023. Ini merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isteri pertamanya, Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos 2021.