February 11th, 2019

Entah kenapa, selepas kemenangannya di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), penyanyi Sufian Suhami dihimpit dengan satu demi satu kontroversi panas.

Sepanjang minggu lalu, foto mesra lelaki mirip Sufian bermesra dengan seorang gadis tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi liar. Ada yang mula menggelar Sufian kaki perempuan dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, Sufian menganggap foto itu sengaja disebarkan untuk mensabotaj dirinya. Sufian turut menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan gadis misteri itu.

Sejujurnya saya berasa ralat dengan perkara ini. Dalam masa sama, saya tak terkejut. Saya berasakan ini bukan satu isu besar dan tak perlu pun diperbesarkan. Kalau boleh berhenti beri perhatian pada isu ini. Tak nak ia jadi fokus orang ramai. Biarkan ia berlalu begitu saja. Sedangkan ada perkara lebih gembira ingin dikongsi.

Nampak sangat ini lebih kepada perbuatan khianat. Sampai sekarang saya masih solo. Saya berhak untuk berkawan dengan sesiapa saja.

Sabarlah Sufian, bukan semua orang senang dengan kejayaan kita dan ada kalanya mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan reputasi orang lain.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Aqo Imran


30 responses to “Nampak Sangat Ini Lebih Kepada Perbuatan Khianat – Sufian Suhaimi”

  1. Anonymous says:

    Pian ni mcm ada cybertroopers mcm najib. Ada je geng backup yang fanatic nau2. Hahaha

  2. Kak Teh says:

    Pedulik taik jelh pian, takde sikit pun tergugat, rezeki memasing, hidup perlu diteruskan, nasihat satu je, hidup jgn aniayai org, cukup. Yg lain serah pd Allah yg ESA.

  3. Kinokuyania says:

    Lepas sorang, sorang kangkang…artis..artis. Dah tau public figure jaga la image diri sendiri.

  4. huhuhu says:

    kan aku cakap, apa2 jadi kat pian.. balik2 el kena >.< dah mcm pian ni lemah naw.. nk back up pian pun jgn main petik nama org lain. sendiri buat sendiri tanggung.

  5. ramli says:

    lain juga cara dia berKAWAN ni :)

Loading...