Nampak Remeh Tapi 6 Tabiat Rakyat Malaysia yang Menjadi Punca Masalah Kulit Berminyak

Hiburan

Nampak Remeh Tapi 6 Tabiat Rakyat Malaysia yang Menjadi Punca Masalah Kulit Berminyak

Rakyat Malaysia ternyata bertuah kerana dapat bermandi cahaya matahari sepanjang tahun tanpa mengira musim, ini kerana kedudukan negara Malaysia yang terletak di atas garisan khatulistiwa. Disebabkan telah terbiasa dengan cuaca yang baik sejak dari dahulu lagi, maka sudah pasti ramai yang bersedih apabila terpaksa menikmati keindahan matahari di sebalik jendela rumah oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung hampir 3 bulan lamanya.

Lap air mata anda kerana larangan beriadah di luar sudah pun dimansuhkan! Jadi sesiapa yang gian untuk kembali bersiar-siar dah boleh bersiap sedia untuk melakukan pelbagai aktiviti luar seperti joging, bermain badminton dan pelbagai lagi aktiviti tanpa rasa was-was. Ehh, tapi jangan lupa untuk tidak berkumpul beramai-ramai tau, masih kena berjaga-jaga!

Advertisement

A person that is standing in the middle of a road Description automatically generated

Rasanya semua dah tahu, gaya hidup yang aktif adalah untuk memastikan tubuh badan kekal cergas sehinggalah ke hari tua nanti. Tapi tahukah anda bahawa tabiat yang dikatakan ‘sihat’ ini sebenarnya boleh membuatkan anda ditimpa masalah lain pula. Serius lah?

Mesti seronok apabila berada di bawah cahaya matahari dan berpeluh, rasa macam semua toksin dalam badan terhapus. Namun awas kalau anda buat sambil lewa sahaja semasa membersihkan diri selepas berpeluh.

Kemungkinan besar anda akan alami isu yang lebih serius seperti liang pori yang tersumbat sehingga menyebabkan kulit wajah semakin berminyak.

Bahkan dalam tak sedar, banyak sebenarnya tabiat rakyat Malaysia yang boleh menyebabkan kulit wajah berminyak dengan teruk. Mesti anda terkejut dengan rutin yang dianggap normal dalam kehidupan seharian sebenarnya boleh menyebabkan kulit berminyak.

Makan makanan berminyak secara berlebihan

Malaysia sememangnya syurga makanan! Tambahan pula negara ini dihiasi dengan pelbagai bangsa, memang tak akan dapat habiskan semua menu yang ada sampai bila-bila. Bayangkan pagi makan nasi lemak sambal sotong dan tengah hari pula makan nasi ayam di kedai kopitiam. Malam pula lepak kedai mamak sambil ‘pekena’ roti canai dengan teh tarik. Fuhh! Tidur lena malam dengan set makanan lengkap daripada pelbagai budaya tiap-tiap hari.

Namun begitu, tabiat ini sebenarnya akan menyebabkan wajah anda lebih mudah berminyak. Sambil anda terus menikmati pelbagai makanan sedap ini, sambil itu juga anda akan terus mempersoalkan bagaimana wajah anda semakin kerap berminyak dalam kadar yang tidak terkawal. Hmm…

A pan of food Description automatically generated

Apa itu jadual tidur?

Bukan nak cakap apa, tapi Malaysia bagaikan tiada waktu tidur! Berlambak kedai makan yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu, nak makan burger Ramlee pukul 3 pagi pun tak ada masalah. Bukan itu sahaja, terlalu banyak tempat bersosial yang dibuka sehingga lewat malam Memang tak tidur ‘on time’ lah kalau seronok bersembang dengan kawan-kawan kan?

Nampak seronok pada dasarnya tapi tabiat remeh ini secara senyap boleh mengakibatkan kulit wajah anda menjadi berminyak. Waktu tidur adalah waktu yang penting bagi pemulihan sel-sel kulit. Akan tetapi kalau anda tidur 2 jam sahaja, sememangnya tidak sempat untuk kulit anda pulih dan kembali sihat.

A person lying on a bed Description automatically generated

Stres, stres dan stres!

Sebenarnya banyak perkara yang boleh buatkan anda merasa tertekan. Tugasan universiti yang bertimbun-timbun, kerja yang tiada penghujungnya, rumah yang sering bersepah. Baru fikir je dah pening kepala! Tapi kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai satu tabiat di mana mereka akan menelan semua stres tersebut dan berkelakuan seperti segalanya adalah baik-baik belaka.

Semakin bertambah tekanan tersebut, semakin ia akan memberikan kesan kepada diri anda. Kulit yang licin dan sihat juga akan menjadi lebih berminyak secara tiba-tiba akibat tekanan yang melampaui kebiasaan.

A person sitting at a table Description automatically generated

WAJIB cuba segala jenis diet

Bila dah rasa macam berat badan naik sedikit, mesti menggelabah nak cari pelbagai jenis diet yang wujud dekat muka bumi ini. Seperti diet makan protein sahaja lah, diet makan separuh hari sahaja lah, dan macam-macam!

Motif untuk memiliki badan yang ramping ini mungkin akan bertukar jadi bencana sekiranya anda melakukannya secara keterlaluan. Bila ada nutrien yang kurang dalam badan, ia akan menyebabkan kesan yang ketara pada kulit wajah. Jangan menjerit tengok cermin apabila kulit anda dah mula berminyak tau!

A person standing in a room Description automatically generated

Rutin penjagaan wajah cacamarba

Tipulah kalau ada yang kata mereka tidak terpengaruh dengan segala jenis rutin penjagaan wajah yang dicanang oleh ‘beauty guru’ di Twitter dan juga Youtube.

Disebabkan oleh rutin penjagaan wajah yang berserabut ini, anda dengan mudahnya mendedahkan tabiat buruk pada kulit wajah anda. Tabiat penggunaan pelbagai produk kecantikan bukan sesuatu perkara yang baik, malahan boleh menyebabkan wajah anda meradang dan mengeluarkan minyak tanpa kawalan.

A picture containing table, young Description automatically generated

Kuatir tabiat ini akan memberi kesan buruk pada wajah? Atasi kulit berminyak dengan Natura!

‘Menjaga’ adalah perkataan yang paling sesuai bagi menjelaskan mengenai Natura. Meskipun Natura memberikan penekanan tinggi dalam penghasilan produk kecantikan yang terbaik untuk anda, Natura tetap mengambil berat dalam menjaga kelestarian hutan. Cantik itu mesti, tapi bagi memastikan hutan serta flora dan fauna tidak terjejas, proses ini juga adalah sangat penting. Natura berikrar dengan moto, ‘Mengilhamkan kecantikan lestari daripada Amazon’

Natura menyediakan barisan penjagaan kulit wajah harian yang sesuai untuk setiap peringkat umur. Bukan itu sahaja, Natura menjanjikan hasil yang pantas, benar, dan intensif dengan tahap keberkesanan yang maksimum.

Bukan sesuatu yang asing, Natura juga terkenal kerana sering membina jalinan yang ampuh dengan mesej relevan untuk pengguna. Bahkan 20,000 wanita yang melalui ujian Natura dapat merasai kelebihan efektif dan lengkap menerusi barisan produk penjagaan kulitnya yang hebat. Wow!

A group of people posing for the camera Description automatically generated

Sedar bahawa ramai wanita mengalami masalah kulit berminyak yang sangat membimbangkan, Natura tampil sebagai hero dan menghasilkan barisan produk penjagaan kulit wajah khas untuk melawan masalah besar ini.

Salah satu produk terbaik yang berjaya dihasilkan oleh Natura ialah Night Serum for Oil Control and Pores Refiner. Wanita yang mengalami masalah kulit berminyak yang serius boleh menarik nafas lega kerana produk ini terbukti boleh merawat segala isu yang timbul dek pengeluaran minyak yang berlebihan.

Bahkan serum ini mampu mengekalkan microbiome kulit wajah selain menyeimbangkan dan membaiki ketidaksempurnaan pada kulit berminyak.

Percaya atau tidak, produk ini mampu mengecilkan saiz liang pori sehingga 78%. Sememangnya hero yang kita nantikan!

A picture containing toiletry, indoor, small, sitting Description automatically generated

Tak cukup dengan serum sahaja, Natura mendengar rintihan anda yang sudah sekian lama bergelut dengan masalah kulit berminyak ini dan telah melancarkan satu barisan rutin penjagaan wajah khas untuk semua.

Membersih dengan Deep Purifying Pore Cleanser

Sesiapa yang sudah lama berperang dengan masalah kulit berminyak pastinya tercari-cari produk yang boleh menghilangkan minyak berlebihan tapi dalam masa yang sama tidak menyebabkan kulit wajah menjadi kering kan? Jadi, pembersih Deep Purifying Pore Cleanser ini adalah jalan penyelesaian yang paling ‘superb’ untuk anda!

Pembersih ini bertindak dengan membersihkan liang pori dan menyingkirkan minyak berlebihan malahan ia beraksi secara progresif dalam mengurangkan sebum. Tak perlu risau kerana simptom yang sama dijamin tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. Kalau anda nak tahu, produk ini juga bebas daripada sabun, sulfat dan alkohol lantas memastikan kulit anda tidak terbeban dengan bahan kimia yang melampau.

Tak perlu pakai berbotol-botol untuk melihatkan kesannya kerana pembersih Deep Purifying Pore Cleanser mampu mengurangkan minyak pada wajah dalam masa 28 hari sahaja. Seperti yang dijanjikan, hidrasi pada kulit anda akan dikekalkan dan anda tidak perlu khuatir mengenai masalah kulit kering dan bertompok. Menakjubkan!

A picture containing toiletry, cup, indoor, lotion Description automatically generated

Membersih secara ekstra dengan Pore Purifying Toner

Manjakan kulit wajah anda dengan langkah pembersihan ekstra sambil mengekalkan fisiologi pH dan juga menyeimbangkan microbiota. Bayangkan, hanya dengan penggunaan Pore Purifying Toner selama 28 hari sahaja, liang pori anda akan kelihatan kurang ketara. Bukan itu sahaja, bahkan 33% kesan minyak juga akan berkurang.

A picture containing toiletry, lotion, sitting, glass Description automatically generated

Rawat dengan Purifying Clay Mask

Untuk memastikan produksi minyak tidak berlebihan dan liang pori diminimakan, Purifying Clay Mask adalah produk yang wajib digunakan oleh anda. Tak perlu tunggu lama kerana dalam masa 15 minit sahaja, anda sudah boleh merasai perbezaan kulit wajah anda daripada sudut penampilan dan juga tekstur.

Bukan biasa-biasa kerana dengan penggunaan masker muka ini, saiz liang pori anda akan diminimakan sehingga 25% manakala penghasilan minyak juga boleh dikurangkan sehingga 60%! Perkara ini terbukti apabila kesemua 20 wanita yang melalui ujian produk ini menunjukkan liang pori yang mengecil dengan sekali pakai sahaja. Hebat!

A picture containing photo, white, holding, sitting Description automatically generated

Tawaran hebat daripada Natura

Promosi pembelian dengan produk

  • Oil control serum + Deep purifying pore cleanser (-15%)
  • Oil control serum + Pore purifying toner (-15%)
  • Oil control serum + Ultra-light multiple protective fluid (-15%)

Dengan pelbagai kombinasi produk daripada Natura ini, anda boleh menikmati diskaun sebanyak 15%. Anda hanya perlu pilih salah satu kombinasi kegemaran anda!

Diskaun sebanyak 25% apabila anda membeli set Oil Control and Pore Refiner Routine. A picture containing toiletry, indoor, lotion, items Description automatically generated

Dengan membeli satu set rutin penuh, jumlah yang anda jimat bersamaan dengan satu Gentle Cleansing Mousse ataupun diskaun bernilai RM109. Bukan itu sahaja, sekiranya anda tidak berpuas hati dengan produk ini dalam tempoh 30 hari penggunaan, Natura akan memberikan anda peluang untuk bertukar ke produk natura yang lain. Janji ada baki 20% kandungan dalam set rutin anda tu. Best kan?

Natura bukan sahaja menjaga kulit wajah feminin anda bahkan turut mengambil berat perbezaan tahap jiwa setiap wanita. Dengan menggunakan produk dari Natura, semua wanita boleh mengenali dengan lebih rapat diri mereka sendiri selain menerima diri mereka seadanya. Nampak seperti tidak penting tetapi kecantikan seorang wanita itu dapat dilihat apabila mereka mengakui emosi yang bermain di hati.

Cari kecantikan diri ini dengan melawan masalah kulit berminyak! Cepat serbu dan beli produk Natura sekarang ini juga. Lawati laman web Natura untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Nikmati keberkesanan produk Natura hari ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...