Rasanya anda pasti ingat dengan satu kejadian di mana seorang wanita telah ditendang tanpa sebab oleh seorang lelaki. Kejadian itu dirakamkan melalui kamera litar tertutup menunjukkan lelaki itu secara tiba-tiba mengekori seorang wanita yang berjalan sendirian dan kemudian menendang belakang dada wanita itu dari belakang.
Ada yang mendakwa lelaki itu sebenarnya kurang waras. Kejadian itu berlaku berhampiran Stesen Komuter dan LRT Bandaraya.
Menurut seorang pengguna Facebook, Farra Zaki, lelaki itu kini kembali melakukan kerja tersebut dan kerja terbarunya dilakukan di Stesen KTM Kuala Lumpur.
Ingat lagi tak kes perempuan jalan berseorangan dekat KTM Bank Negara kena tendang tanpa sebab oleh lelaki yang tak dikenali? Haaa ini la dia pemilik penendang tersohor tu. Dia buat lagi. Kali ini kejadian di KTM Kuala Lumpur pula. Ikut mangsa dari belakang, tendang, bila mangsa dah jatuh dia boleh lambai wei. Uiii, gembira sakan dia. Bila disoal siasat dia kata terlanggar ya.
Mudahnya alasan yang diberi mengikut sesedap rasa dia tanpa rasa bersalah. Kalau nampaklah si penendang keting lidi ini di mana-mana cuba kasi penendang sedas dua dekat dia pulak biar penuh akai.
Biar dia rasa sedap tak sedap menyungkur tengah jalan. Kotnya mangsa yang diattack perempuan tengah mengandung, orang tua ke macam mana. Naya anak bini orang.
Please be extra careful ladies mana-mana yang balik kerja naik KTM tu. Orang gila sekarang ini ramai, tapi segila-gila orang gila, gila lagi doktor yang lepaskan orang gila dari pusat orang gila dengan alasan dia tak gila.
Semoga penendang brader ini tak hinggap dekat anak-anak bini mereka-mereka. Okay, bye.
Jadi sekarang wajahnya telah diketahui dan jika dia dilepaskan kerana dia waras, maka selayaknyalah dia ditendang pula kerana dia tiada alasan untuk menendang orang. Biar dia tahu rasa sakit bila ditendang tanpa sebab.
Mangsanya pula wanita, tidak perlu banyak psikoanalisis untuk membuat kesimpulan bahawa dia sebenarnya seorang pengecut. Apa pendapat anda?-amazingnara.com
Sumber: Farra Zaki