Menjadi pemandu e-hailing sudah tentu ada cabaran yang berbeza bagi setiap orang namun apa yang dilalui seorang lelaki dari Sarawak ini membuatkan ramai meremang.
Menerusi Facebook, Ahsan Ismail berkongsi tentang cerita penumpang wanita yang dijemputnya dari Samarahan baru-baru ini.
Kata Ahsan, dia tidak mengesyaki apa-apa dan hanya membuat rutin seperti biasa iaitu menjemput dan menghantar penumpang.
Wanita cantik berbaju kurung itu meminta agar Ahsan membuka cermin kereta dan mereka juga tidak berbual sepanjang perjalanan tersebut.
Apabila sampai ke destinasi Ahsan pun toleh ke belakang dan alangkah terkejutnya dia apabila wanita yang dibawanya tadi sudah tiada.
Tuhan je tau rasanya time tu. Tapi tak apa, pengalaman paling berharga.”
Lebih menyeramkan, destinasi tersebut ternyata rupa-rupanya adalah kawasan tanah perkuburan dan wanita itu ada meninggalkan nota seringgit, dua ringgit dan duit syiling 5 sen lama di tempat duduk belakang.
Ini bukanlah kali pertama kita dengar cerita seram pemandu e hailing yang membawa penumpang misteri sebegini tetapi sudah banyak pengalaman dikongsikan sebelum ini.
Mungkin juga destinasi yang terpapar di aplikasi tidak tertulis ‘Tanah Perkuburan’ jadi sebab itulah pemandu hanya menjemput dan bawa penumpang seperti biasa.
Seramlah!