Penyanyi Elyana baru-baru ini ada berkongsikan perkembangan terkini dirinya setelah menjalani beberapa siri rawatan radioterapi akibat kanser yang dihidapinya.
Semakin ceria dan kelihatan sedikit berisi, Elyana juga memberitahu bahawa berat badannya kini sedikit meningkat kepada 49 kg daripada 35 kg dahulu.
View this post on Instagram
Perkara itu dikongsi Elyana ketika sesi soal jawab di Instagram Story bersama peminatnya, semalam.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang bertanyakan tentang tips Elyana untuk kekal positif dan ceria walaupun sudah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun yang lalu.
Terdahulu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu memaklumkan bahawa dia kini sedang menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul bagi merawat kanser limfoma yang dihidapinya.
Difahamkan juga kanser tersebut telah merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
Semoga cepat sembuh Elyana!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.