Penduduk setempat di Bandar Baru Bangi bersepakat membantah poster baru yang dinaikkan oleh jenama terkenal Jovian kerana berunsur ‘soft pornography’.
Menurut Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), warga setempat berasa kurang senang melihat poster yang menunjukkan beberapa selebriti wanita menggayakan korset.
Berdasarkan satu hantaran di Twitter, ISMA menerangkan beberapa sebab bantahan disampaikan kepada Jovian Factory Outlet Seksyen 9 Bandar Baru Bangi dan mengapa papan tanda itu perlu diturunkan.
1. Kerana merendahkan kemuliaan wanita dan imej pakaian dalam awnita tak sepatutnya ditayang di tempat awam
2. Mempromosikan soft pornography. Korset berwarna kulit itu membuatkan ia seolah-olah 8 orang wanita berbikini
3. Melanggar kesopanan apatah lagi ia berdekatan dengan sebuah masjid dan Pejabat Khidmat ADUN Sungai Ramal, YB Mazwan Johar
3 SEBAB PAPAN TANDA JOVIAN PERLU DITURUNKAN SEGERA
1. Di hari keputeraan DYMM Sultan Selangor, ISMA Bangi menyampaikan surat bantahan kepada Jovian Factory Outlet Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. pic.twitter.com/q8DGfbETJJ
— ISMA #MalaysiaSejahteraTanpaArak (@ikatanmuslimin) December 13, 2022
Difahamkan, tinjauan ringkas telah dibuat dan seramai 300 individu daripada group Facebook Bandar Baru Bangi Community (BBBC) tidak bersetuju dengan papan tanda tersebut diiklankan.
ISMA Bangi seru papan iklan ini diturunkan segera, dan gambar wanita berbengkung ini hanya diguna di dalam premis sahaja untuk pelanggan wanita.”
Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan ISMA dan turut akui mereka juga nampak seperti wanita sedang berbikini disebabkan warna nude itu.
Mereka turut menyatakan sokongan terhadap ISMA dalam membantah papan tanda tersebut selain ada segelintir yang persoal bagaimana iklan sebegitu boleh diluluskan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.