“Nampak Macam Anjing Betul”, Netizen Kongsi Pengalaman Lucu Prank Dengan Filter Terbaru Instagram

Trending

“Nampak Macam Anjing Betul”, Netizen Kongsi Pengalaman Lucu Prank Dengan Filter Terbaru Instagram

Kalau anda pengguna tegar laman sosial Twitter dan Instagram, pastinya anda cukup kenal dengan ‘anjing’ berwarna coklat ini kan? Baru-baru ini kecoh apabila filter terbaru di Instagram ini tular digunakan oleh pengguna media sosial.

Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk lakukan ‘prank’ pada keluarga dan kawan-kawan. Tapi ingat, ini hanya filter sahaja bukan anjing betul masuk dalam rumah.

Advertisement

“Mama kata kat papa suruh sabar. Nak sabar apa, ada anjing atas katil aku!”

Memang terkejut lah semua orang kalau tiba-tiba ada anjing dalam rumah kan? Nasib baik juga lah ni filter je kalau tak mesti ada yang kena halau dari rumah ni. Netizen yang lain juga turut sama kongsikan reaksi keluarga mereka apabila di ‘prank’. Ada yang mengamuk tapi ada juga yang tenang je suruh samak macam biasa.

“Jangan main-main buat cerita, dosa tau”

“Jangan sampai anjing tu pergi dapur”

“Jangan masuk dalam FB”

“Sumpah je dia jadi perabot, mak”

Ramai juga rupanya yang dah cuba filter terbaru ni. Apa-apa pun ingat, kalau nak ‘prank’ tu biar berpada-pada okay. Seronok memang seronok tapi jangan buat betul-betul sudah lah.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...