Kalau anda pengguna tegar laman sosial Twitter dan Instagram, pastinya anda cukup kenal dengan ‘anjing’ berwarna coklat ini kan? Baru-baru ini kecoh apabila filter terbaru di Instagram ini tular digunakan oleh pengguna media sosial.
Ramai yang mengambil kesempatan ini untuk lakukan ‘prank’ pada keluarga dan kawan-kawan. Tapi ingat, ini hanya filter sahaja bukan anjing betul masuk dalam rumah.
Aku tengok ramai prank orang guna filter anjing ni. So try buat kat family group la. pic.twitter.com/QzZzW32q8Q
— caden harris (@caden_harriss) October 2, 2019
“Mama kata kat papa suruh sabar. Nak sabar apa, ada anjing atas katil aku!”
Bila dorang balik rumah?: pic.twitter.com/fYblzzJDUw
— caden harris (@caden_harriss) October 2, 2019
Memang terkejut lah semua orang kalau tiba-tiba ada anjing dalam rumah kan? Nasib baik juga lah ni filter je kalau tak mesti ada yang kena halau dari rumah ni. Netizen yang lain juga turut sama kongsikan reaksi keluarga mereka apabila di ‘prank’. Ada yang mengamuk tapi ada juga yang tenang je suruh samak macam biasa.
“Jangan main-main buat cerita, dosa tau”
This one my mum punya reaction terus sentap?? pic.twitter.com/ewoMmk3QSo
— liyanaamira (@_liyanaamiraaa) October 2, 2019
“Jangan sampai anjing tu pergi dapur”
Try juga. Nasib tak kena maki hahaha pic.twitter.com/3qxUGd0fLN
— Frs El Irfn™ (@_FrsIrfn) October 2, 2019
“Jangan masuk dalam FB”
So masuk dalam group juga, abah terus “jgn masuk dalam fb” dia takut nanti org kutuk rumah kena masuk dgn anjing! Hahahahahaa pic.twitter.com/glDlDYL8Jn
— biyy (@Abiydahalira_) October 2, 2019
“Sumpah je dia jadi perabot, mak”
My mom…abah gak kene padahal brader ilek je pic.twitter.com/0WQ7rm6Qs5
— Johari (@HmfunnyJo) October 2, 2019
Ramai juga rupanya yang dah cuba filter terbaru ni. Apa-apa pun ingat, kalau nak ‘prank’ tu biar berpada-pada okay. Seronok memang seronok tapi jangan buat betul-betul sudah lah.
Sumber: Twitter