Penyanyi veteran, Datuk Zainal Abidin mengakui bahawa dirinya melakukan rawatan ‘botox’ supaya kulit kelihatan lebih tegang dan sihat di usia 64 tahun.
Kata Zainal, sebagai seseorang yang berada dalam industri seni, penampilan diri sangat dititik beratkan oleh penyanyi terbabit, lagi-lagi dia masih aktif menjadi penghibur di atas pentas.
Bagi memastikan penampilan saya sihat, ia harus diperbaiki dan dirawat dengan sebaiknya.
View this post on Instagram
Dalam pada masa yang sama, pelantun lagu Hijau ini berkata dirinya bakal pertimbangkan untuk melakukan rawatan ‘tarik benang’ bagi menegangkan bahagian leher jika perlu.
Bahagian leher saya dah mula nampak macam ayam belanda. Jadi, ia tak elok sekiranya ada gambar atau visual ‘close up’.
Tambahannya lagi, rawatan yang dilakukan untuk bertahan lebih lama dalam industri seni dan mahu penampilan sentiasa sihat serta kelihatan muda.