“Nampak Je Pakai Kopiah Tapi Pencuri!” – Kedai Emas Dirompak, Nur Sajat Tawarkan Saguhati RM1,000 Kepada Saksi

Hiburan

“Nampak Je Pakai Kopiah Tapi Pencuri!” – Kedai Emas Dirompak, Nur Sajat Tawarkan Saguhati RM1,000 Kepada Saksi

Usahawan kosmetik sensasi, nur sajat tampil menawarkan wang saguhati RM1,000 kepada saksi kejadian rompak kedai emas miliknya di Johor Bahru, Johor pada Jumaat minggu lepas.

"Nampak Je Pakai Kopiah Tapi Pencuri!" - Kedai Emas Dirompak, Nur Sajat Tawarkan Saguhati RM1,000 Kepada Saksi

Advertisement

Menurut Sajat, rompakan itu membabitkan seoarang lelaki berkopiah dan berbaju hitam. Suspek dipercayai melakukan kegiatan tersebut dengan pantas dan berjaya melarikan  diri selepas mencuba seutas rantai emas sekitar pukul 3.50 petang.

https://www.instagram.com/p/CEEea5WBNoR/?utm_source=ig_embed

“Nampak jer pakai kopiah bagai, tapi pencuri! Sesiapa yang dapat memberi maklumat, membantu dan mengenalpasti individu tersebut, saya akan berikan saguhati berjumlah wang ringgit (RM1000++).”

Susulan kejadian, Sajat memaklumkan bahawa pekerjaannya yang kini sedang sarat hamil difahamkan berdepan episod trauma.

https://www.instagram.com/p/CEEea5WBNoR/?utm_source=ig_embed

“Kasihan pada staf saya, trauma dengan kejadian ini, dahlah tengah mengandung anak pertama, dapat pulak kejadian ini.”

Ujar Sajat lagi, suspek ini masih berlegar-legar di kawasan Johor Bahru, malah tidak segan untuk merayu orang ramai agar memberikan info kepada pihak berkuasa.

kedai emas sajat dirompak

“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap perkara ini, diharap semua dapat memberikan kerjasama dalam membanteras jenayah. Jenayah membawa padah.”

Sekadar informasi, Sajat merupakan jutawan kosmetik yang sering kali menimbulkan kontroversi berkaitan jantinanya. Malah, awal tahun lalu, Sajat sekali menggemparkan seluruh Malaysia apabila beliau dikhabarkan tampil bertelekung dan mengerjakan umrah seperti wanita sehingga mengundang kekesalan pihak kerajaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...