“Nampak Je ‘Innocent’..”- Doktor Popular Di TikTok Kena ‘Exposed’, Didakwa Berperangai Tidak Senonoh

Kehidupan

“Nampak Je ‘Innocent’..”- Doktor Popular Di TikTok Kena ‘Exposed’, Didakwa Berperangai Tidak Senonoh

Seorang doktor yang dikenali ramai di platform TikTok kini menjadi tumpuan selepas beberapa dakwaan mengejutkan mengenai salah laku peribadinya tular di media sosial, khususnya di aplikasi X.

Doktor berkenaan sebelum ini dikenali dengan imej profesional dan berpendidikan, sering berkongsi kandungan berunsur kesihatan dan motivasi, sekali gus membina reputasi sebagai figura yang dipercayai.

Advertisement

doktor tiktok kantoi buat perangai tak senonoh

Namun, pendedahan terbaharu daripada beberapa individu telah mencemarkan imej tersebut, apabila mereka tampil mendakwa pernah menjadi mangsa salah laku oleh individu terbabit.

Menurut seorang pengguna X, isu ini bukanlah baharu kerana beberapa aduan dan laporan telah dikemukakan sejak tahun 2023. Namun, hanya kini ia mendapat perhatian lebih meluas apabila lebih ramai mangsa berani tampil berkongsi pengalaman mereka.

“Ramai pada awalnya menyangka kes yang berlaku hanyalah kes terpencil, namun bila makin ramai berkongsi, barulah kami nampak corak tingkah laku yang sama,” tulis salah seorang pengguna.

Antara dakwaan paling serius adalah doktor tersebut didakwa meminta gambar seksi daripada mangsa, termasuk selepas pulang menunaikan umrah bersama keluarga.

doktor tiktok tak senonoh

Dakwaan lain turut menyebut bahawa beliau pernah melakukan perkara tidak senonoh dan kemudiannya cuba memujuk mangsa agar menarik semula laporan polis.

Pendedahan berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya mengecam perbuatan tersebut dan menuntut siasatan lanjut dijalankan segera.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jurusolek Kongsi Pengalaman 'Diganggu' Suami 'Client' Sendiri - "Setiap 'Story' Dia Balas.."
1 week ago

Jurusolek Kongsi Pengalaman 'Diganggu' Suami 'Client' Sendiri - "Setiap 'Story' Dia Balas.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...