Selepas mengumumkan berita perpisahan, pelakon, Zulin Aziz telah mengejutkan ramai peminat yang gemar melihat kemesraan dia dan suami, Farhan Norzain.
Bukan itu sahaja, pengguna media sosial turut mempersoalkan mengenai punca sebenar perceraian mereka memandangkan Zulin sering berkongsi momen bahagia di media sosial.
Namun, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda binti Abdul Aziz enggan mendedahkan punca penceraian bagi menjaga aib suami.
Meninjau di ruangan komen, ada segelintir netizen yang membuat spekulasi mengatakan suami pelakon itu merupakan seorang yang rumit kerana terlalu teliti dan sentiasa mahukan kesempurnaan.
Oleh kerana itu, mereka juga mendakwa suaminya mempunyai masalah gangguan kesihatan mental iaitu ADHD (attention deficit hyperactivity disorder) yang menjadi salah satu punca perpisahan mereka.
Malah, ada juga yang memberi cadangan agar suaminya bertemu dengan pakar psikiatri bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, pelakon berusia 33 tahun itu meminta orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi mengenai penceraian mereka.
Stop tokok tambah, rasa nak sekeh sorang-sorang memandai-mandai je buat cerita.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.