Apabila digemparkan penyanyi dari kumpulan Indigo, Bad telah meninggal dunia secara mengejut di kedai miliknya, ramai rakan-rakan arwah yang turut bersimpati dalam kehilangan Bad.
Salah satunya, individu bernama Iskandar Ishak yang merupakan seorang cef dan rakan kepada Bad. Menurutnya, ketika dia mengunjungi bengkel, penyanyi itu sempat menyatakan hajat ingin mencuba artisan bread.
Balik dari sana, saya nak bawakan artisan bread untuk staff sekali. Nampak dia senyum sebab nak rasa.
View this post on Instagram
Iskandar berasa terkilan kerana tidak sempat menunaikan janjinya pada arwah. Tambahnya, ketika kali terakhir mereka berjumpa, Bad masih ceria dah sihat sahaja.
Pada malam Khamis, Bad yang berumur 48 tahun itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di tempat kerjanya di Ampang.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.