Tidak habis-habis dikatakan sedang berbadan dua, pelakon terkenal Diana Danielle lelah menjawab soalan tersebut dari orang ramai. Katanya, dia tidak berniat nak menyembunyikan perkara tersebut jika betul.
Setelah digemparkan sudah kembali rujuk bersama suaminya, Farid Kamil, spekulasi tentang Diana mengandung pun mula timbul. Sudah beberapa kali juga dirinya menjawab itu hanyalah kerana naik berat badan dan bukan kerana hamil.
Saya dah jawab sekitar 50 soalan sejak dua bulan lalu. Saya hanya berat badan bertambah.
Kalau nampak perut buncit, tak semestinya hamil. Kalau muka berseri bukannya mengandung.
View this post on Instagram
Ibu kepada dua orang cahaya mati ini sekali lagi menjelaskan penampilannya sedikit berlainan dari sebelum ini adalah hanya kerana selera makannya yang semakin tinggi. Tiada sebarang rahsia seperti mengandung pun.
Tambah pelakon filem popular Imaginur ini, jika satu hari dia diberikan rezeki seorang lagi anak, Diana pasti akan berkongsi berita gembira tersebut dengan para peminat.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.