Tak dinafikan penampilan kedua mempelai pengantin penting agar lebih menonjol dari pengapit mahupun tetamu yang hadir. Yelah, pengantin bukan sahaja dirai, malah tetamu juga ingin melihat sendiri wajah serta aspek pemakaian pengantin di hari yang berbahagia.
Barang perhiasan diri, dilihat memberi impak dalam penampilan seseorang. Bukan sahaja kasut, bah kan cincin, gelang, rantai, subang, mahu pun ‘brooch’ sering kali akan disuai padan dengan imej diri.
Oleh dengan itu, admin nak kongsikan penulisan Dr Abdul Rahim Nor, mengenai kebaikan dan keburukan inai ini pada diri kita, jom kita baca sikit. Sekadar menambah pengetahuan sambil berjaga-jaga.
“Baik buruk Inai / Henna Mehendi.”
Kita tau yg Wanita makhluk ciptaan Allah yg paling indah. Tpi jika anda makhluk golongan Wanita…. anda akan tambah tokok kecantikan anda demi mempertahankan & menambah keindahan tu. Ramai wanita yg mai klinik doc kemas & lawa2 belaka. Trend terkini ada yg mewarnai kulit/ rambut mereka dgn menggunakan Inai /Henna. Pekerja doc ramai berHENNA. Habis tapak tangan & lengan diconteng2 design Henna/Inai.
Ok ke pakai Inai / Henna ni?
A. Doc Beri Sikit Info Mengenai Henna
1. U all tau tak Henna tu drp daun pokok Lawsone yg asal drp Afrika Utara ke Arab & Spanyol terus ke India.. terus mai Msia. Sbb tu kebudayaan & kepercayaan guna Henna mcm drp negara2 tu dipakai guna org kita.
2. Daun Henna dikeringkan, ditumbuk jadi serbuk lalu dicampurkan air menjadi pasta. Dilekat hujung jari, dilukis dikulit atau sapu dirambut. Baru le zat Lawsone Henna warna merah kecoklatan melekat pd kulit & rambut anda.
B. Baik Buruk Henna Pada Anda
1. Henna sbg bahan pewarna tubuh, bibir & rambut. Fungsi Henna spt Tato, untk indah tubuh dgan warnanya dgn design2 macam2. Klu biar lama semasa baru buh hanna lagi terang warnanya. Ia tahan dlm 3-4 minggu.
Nasihat Doc
Nak pakai inai bagi cun, ok je. Jgn kena allergik kulit je. Ingat inai tak sedut nanah keluar dr kulit….Hihihi klu inai sedut nanah, ia sedut pi kemana?
Ramai yang mula ikut ‘trend’ kononnya untuk kelihatan lebih menyerlah, lebih cantik, tapi janganlah sampai membinasakan diri, kalau boleh buatlah sedikit kajian, cari info sebelum mula memakai sesuatu produk. Lebih mudah jika merujuk terus pada yang pakar, untuk tahu kalau-kalau ada alergik pada satu-satu bahan.