“Nampak Bapuk Terus Gelak” – Diejek Kerana Pergi Solat Di Surau, Lelaki Ini Luah Rasa Sedih

Kehidupan

“Nampak Bapuk Terus Gelak” – Diejek Kerana Pergi Solat Di Surau, Lelaki Ini Luah Rasa Sedih

Seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila dia mendakwa telah ditertawakan beberapa orang individu ketika mahu menunaikan solat di sebuah surau, baru-baru ini.

Lelaki itu yang dikenali sebgai Ikram Hamid berkongsi luahan rasanya itu yang katanya berlaku di surau sebuah hospital swasta di Pahang, Khamis lalu.

Advertisement

Jelas Ikram, dia sangat berharap agar rakyat Malaysia tidak memperlekehkan dan mengejek lelaki-lelaki ‘lembut’ sepertinya ketika berada di rumah Allah untuk beribadat.

Kalau nampak orang macam saya, pondan atau bapuk yang pergi masjid, tolonglah jangan gelakkan dia. Tolong jangan ketawakan dia.

Kita nak pergi menghadap Allah ni kan, takkan la nak gelak. Nampak pondan sikit terus gelak. Janganlah macam tu, doa je baik-baik.

Ikram yang mesra disapa sebagai Jelly itu berkata bahawa situasi seperti itu merupakan satu cabaran besar buatnya berikutan penampilannya yang lembut itu.

Mereka ketawa berdekah-dekah, dia mention bapuk weh. Dia gelak-gelak. Masa tu saya berpakaian normal. Saya pakai kurta lengan pendek.

Terasa dengan situasi berkenaan, Ikram hanya menganggap segalanya sebagai satu ujian buatnya.

TikTokSumber : TikTok  

Dia dalam pada itu sempat menitipkan pesanan kepada kaum lelaki yang berperwatakan sepertinya untuk sentiasa menjaga peribadi, terutama sekali ketika berada di tempat suci dan beribadah.

“Kepada golongan lembut macam saya, janganlah pula kita ke surau dalam keadaan tak sepatutnya. Orang selalu pandang kita sebagai simbol kepada sesuatu, tapi saya tetap akan bawa agenda kebaikan, nak tunjuk kami juga orang baik, bukan semua orang buat kerja tak elok.” luahnya lagi.

Nurulzahid hamidi
3 years ago

(VIDEO) "Wanita Tidak Dilahirkan Untuk Jadi Pemimpin" - Kenyataan Nurul Zahid Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...