Ramai masih menunggu pelakon Nad Zainal dan suaminya, Ungku Ismail untuk memberi penjelasan tentang salah guna wang dana yang dikutip untuk membantu membayar kos rawatan aktres itu beberapa bulan lepas.
Malah ketika ditanya wartawan, Nad memaklumkan dia tidak akan bersuara tentang hal itu tanpa kehadiran suaminya.
Bukan hal itu sahaja yang menjadi bualan tetapi video dimuat naik oleh Nad baru-baru ini turut mendapat perhatian peminat.
Menerusi video itu, Nad mempromosikan susu kambing jenama tempatan yang elok diminum oleh ibu mengandung.
Bagaimanapun, perutnya pula yang menjadi bualan apabila ramai yang menyangka dirinya hamil. Malah, ada yang persoal tentang usia kandungan dengan tempoh mereka mendirikan rumah tangga.
Cepatnya mengandung, baru juga dia kahwin.”
Meskipun begitu Nad tidak melenting sebaliknya menjawab kepada netizen bahawa perut itu hanya buncit bukan kerana mengandung.
Sesetengah individu turut menyebelahinya dan berkata ibu yang melahirkan dengan kaedah cser susah untuk kempiskan perut semula selain ramai yang turut mendoakan rezeki untuk pasangan itu.
Dalam pada itu ada yang menegur dan menasihatinya untuk memakai baju lebih longgar agar dapat menutup aurat dan pada masa yang sama boleh mengelak daripada salah sangka begitu.