Nampak Anggota Badan Yang Menggiurkan Ke? – Isteri Sufi Rashid Bengang Didakwa Terlalu Seksi

Hiburan

Nampak Anggota Badan Yang Menggiurkan Ke? – Isteri Sufi Rashid Bengang Didakwa Terlalu Seksi

Bukan mudah sebenarnya menjadi isteri seorang artis kerana sedikit sebanyak akan terkena tempias kontroversi dan mendapat perhatian ramai.

sufi rashid

Advertisement

Baru-baru ini isteri kepada penyanyi Sufi Rashid iaitu Nurulain Md Yusof, mendedahkan dia menerima banyak komen mengenai cara pemakaiannya yang dikatakan terlalu seksi.

Bukanlah hendak marah ataupun tidak boleh menerima kritikan, tetapi padanya teguran yang dilakukan oleh netizen agak melampau sehingga turut melibatkan nama suaminya. Tidak perlu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain kerana perkara itu juga satu dosa.

isteri sufi rashid seksi

Saya menerima banyak mesej dan komen, semua cakap pasal baju saya. Susahlah nak cakap guys, aku ni tak reti nak marah-marah dekat IG. Apa aku kongsi semua benda gembira, jarang aku nak marah lagi-lagi kat media sosial ni. Tapi korang makin melampau.

Sebelum aku kahwin lagi aku memang pakai macam ni, tapi perlahan-lahan masa aku kenal Sufi aku tinggalkan apa aku patut tinggalkan.

isteri sufi rashid seksi

Menurut Ain, dia kini sedang berusaha untuk berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik.

Hendak melakukan perubahan ini ambil masa dan hati juga perlu ikhlas bukannya dipaksa. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat isteri Sufi.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...